Jumaat, 20 Mac 2020

UNTUK KESELAMATAN SEMUA



UNTUK 

KESELAMATAN 

SEMUA


Tentera dikerah pastikan rakyat kekal di rumah

TENTERA mula dikerahkan hari Ahad untuk membantu polis memastikan rakyat kekal di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, kata menteri pertahanan.

Ismail Sabri Yaakob berkata tentera akan membantu pihak polis memastikan pematuhan rakyat berada di rumah masing-masing.

“Tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad. Jadi kita yakin dengan bantuan daripada tentera kawalan lebih lagi dapat dilaksanakan.

“Kita harap rakyat lebih patuh kepada arahan yang dikeluarkan,” katanya dalam sidang media yang disiar langsung hari ini.

Katanya, polis juga sudah mengenalpasti 4,000 anggota jemaah tabligh yang masih gagal menjalani pemeriksaan sukarela.

“Dalam penerangan kepada saya, polis menyatakan sudah mengenalpasti semua individu itu.

“Saya harap mereka boleh tampil secara sukarela buat saringan kesihatan.

“Jangan sampai polis datang ke rumah ambil mereka dan bawa ke klinik. Apa yg dilakukan kerajaan adalah untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Gesaan sama dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah agar orang ramai dan pesakit tidak menyembunyikan sejarah perjalanan dan kontak.

“Kami mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan dan atau gejala mereka.

“Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya, yang dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan.

“Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberi amaran, perbuatan menyembunyikan maklumat itu satu jenayah mengikut undang-undang.

Kluster jangkitan dari kumpulan tabligh tersebut kini berjumlah 576 melonjakkan jumlah pesakit positif Covid-19 kepada 900 orang.

Seramai 20 orang masih dalam unit rawatan rapi sehingga semalam dan jumlah kematian kekal dua orang.

Perintah Kawalan Pergerakan kini berkuatkuasa sehingga 31 Mac untuk memustkan rantaian jangkitan. – 20 Mac, 2020.


YANG DEGIL

BAWA BAHAYA

PADA DIRI

PADA KELUARGA

PADA JIRAN

PADA NEGARA

WAJIB

DIBERI AJARAN

JIKA MASIH DEGIL

PERLU

DI BELANGKONG
KKALAS




----------------

3 ulasan:

  1. Tak perlu dibelangkong. Quarantinkan dia tanpa apa-apa perubatan. Biarkan dia goal!!!

    BalasPadam
  2. Masa krisis macam ni pun nak politik lagi ka PM.. mangkok ni ingat tukar setiausaha parti dia waktu macam ni dapat slow krisis virus ni.. ni semua pukimak.sembab ni dah melarat jadi lembab ka?

    BalasPadam
  3. untuk melawan manusia degil ni senang jer, kasi hantar segerombolan FRU untuk jaga kawasan. TT pun jenis manusia degil, tt tentu lebih faham mcmana FRU bertugas, kan?

    BalasPadam