AL-FATIHAH
Gadis 23 tahun korban terbaru Covid-19
MALAYSIA mencatatkan dua kematian baharu Covid-19 hari ini termasuk seorang mangsa termuda berusia 23 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan.
Pesakut mengalami kesukaran bernafas pada 30 Mac dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak pada hari sama.
Dia meninggal dunia pada jam 9.42 pagi tadi.
Ibu bapanya juga disahkan positif Covid-19. – 9 April, 2020.
--------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan