Isnin, 13 April 2020

BERITA TAK MOLEK YANG BAIK








INI NAMANYA

BERITA BURUK

YANG BAIK


Tiada bazar Ramadan 

sepanjang PKP, kata menteri

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mengharamkan operasi semua bazar Ramadan di seluruh negara sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibatalkan, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun Kementerian Wilayah Persekutuan sedia mengumumkan pelan untuk meneruskan bazar Ramadan.

“Perdana menteri telah memutuskan semua bentuk bazar Ramadan tidak akan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata, senarai bazar Ramadan yang dibenarkan beroperasi di 66 lokasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diputuskan Khamis ini.

Beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan akan bertemu dengan pelbagai persatuan penjaja bagi memutuskan bagaimana gerai akan beroperasi.

Perintah kawalan pergerakan telah dilanjutkan sehingga 28 April manakala bulan Ramadan akan bermula pada 24 April.

Beberapa negeri telah memutuskan untuk membatalkan bazar Ramadan tahun ini. – 13 April, 2020.


KITA BERPUASA

BERKHALWAT

BERAMAL

DI RUMAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan