INI TUGAS
KITA SEMUA
WARGA ASLI
MALASYIA
PASTIKAN
KURANGKAN
PENDATANG
Mengapa ribuan warga asing boleh menetap di sini? –MCCF
KUALA LUMPUR – Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita segelintir warga asing membaling objek, seperti pasu bunga malah ada juga dakwaan najis serta air kencing, ke arah anggota keselamatan semasa sedang bertugas di Selangor Mansion di kawasan Masjid India di sini.
Ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa melakukan kawalan ke atas dua blok bangunan kediaman iaitu Malayan dan Selangor Mansion susulan perisytiharan dua blok bangunan flat itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan 47 kes kes positif Covid-19.
Hampir kesemua penduduk di dua blok bangunan itu, atau kira-kira 6,000 orang, adalah warga asing dari India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar.
Ia terletak kira-kira 500 meter dari lokasi Plaza City One, yang lebih awal dikenakan PKPD pada 31 Mac lalu.
Menurut Presiden Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak, bilangan warga asing yang tinggal di kedua-dua blok bangunan itu sangat mengejutkan serta membimbangkan.
Kata beliau, pihak berkuasa terpaksa mengepung dan berkawal di kawasan itu berikutan sejumlah pesakit positif Covid-19 dipercayai dari kluster tabligh Masjid Sri Petaling.
“Saya ada persoalan, bagaimana ribuan warga dibenar mendiami rumah di tengah kotaraya sedangkan ianya adalah hak rakyat Malaysia?
“Adakah mereka semua mempunyai dokumen yang sah? Siapakah majikan mereka? Apakah selama ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khususnya dan pihak badan penguatkuasa yang lain tidak mengetahuinya?
“Bangunan indah DBKL yang berkuasa penuh di KL tidak sampai 500 meter jarak dari bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion. Dan kini kita terpaksa pula menghadapi kes peningkatan pesakit Covid-19 dalam kalangan warga asing?
“Malah kita kita berdepan dengan pelbagai isu termasuk baling-baling barang ke atas anggota berkawal, warga asing yang kini dikenakan PKPD pula berhadapan dengan masalah makanan dan sebagainya sehingga kerajaan terpaksa berhempas pulas bertanggungjawab memastikan semuanya cukup untuk mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette warga asing yang dilihat tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini dan berita ‘kurang enak’ sejak akhir-akhir ini termasuk kebanjiran warga asing di Pasar Borong Selayang.
MCCF merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan penyelidikan isu kebanjiran warga asing sejak tahun 2015 selain menawarkan perkhidmatan kertas cadangan kepada penyelesaian menyeluruh isu warga asing kepada kementerian berkaitan.
Kata Halim Ishak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan kebanjiran warga asing dapat ditangani.
“Mungkin Covid-19 ini akan membuka mata pelbagai pihak, kita harap SPRM siasat dan tindakan tegas di ambil kepada mana-mana pihak terlibat menjadi dalang kebanjiran warga selain khianati hak kediaman rakyat Malaysia,” katanya. –MalaysiaGazette
MALAYSIA
UNTUK
WARGA MALAYSIA
PASTI SLOGAN
BARU
LEPAS KOBID
Adakah mereka itu PADI Pendatang Asing Dengan Izin atau PATI Pendatang Asing Tanpa Izin? Jika PADI siapa yang menjadi kaya raya mengimport mereka semua? jika PATI bagai mana mereka boleh tinggal disitu tanpa ada tangkapan dsb? Oh Malaysia ku...berhentilah dari mengamalkan tembolok dan perut diutamakan..
BalasPadamJangan ingat kat bandar je wei.. Ni kat luar bandar ni besepah2 yg dtg kosong. Mcm mana bolwh mcm tu? Ni semua salah atok.... Atok tqk nak cakau pelaku wh.... Capo muek? Hj sepolan b sepolan.
BalasPadamRembeh boto la.. Besepah2, mcm mcm banso ado, cokau humban an.
Cionakai lho 2020 baru sedo ini berito direnew hebahan berito semaso ini business bullshit.
BalasPadamTak habis2 slogan, pekikan. Oraang Asli Semai mahu ka nak buat rumah, bangunan, hospital? Duk penyumpit boleh la.Kerja pembuatan semua warga asing buat. Kah Kah Kah. Lord I rest my case.
BalasPadamRobohkan je SELANGOR DAN MALAYAN MANSION ni, habis cerita. Kalau Stadium Merdeka tempat diistiharkan kemerdekaan negara boleh diroboh, kenapa dua mansion ini tidak boleh....?
BalasPadamApa nostalgianya dua mansion ini sampai jadi begitu kebal melebihi Stadium Merdeka....???
Sungguh heran bin ajaib KuNan semasa jadi menteri Willayah telepas pandang mansion ini sedangkan ia terletak
di tengah-tengah bandar dan dekat pula dengan bangunan ibu pejabat DBKL.