Rabu, 1 April 2020

LANGKAH TEPAT







LANGKAH TEPAT 

Tangguh dulu urusan naik haji, kata menteri Arab Saudi

ARAB Saudi meminta umat Islam menunggu dulu sehingga ada kejelasan tentang wabak koronavirus sebelum merancang untuk meneruskan ibadat haji tahun ini, lapor media.

Menteri Haji dan Umrah Dr Muhammad Salih Taher Banten dipetik berkata pihaknya bersiap sedia untuk menerima kedatangan jemaah haji, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun pada masa ini yang lebih utama ialah soal kesihatan.

“Kita minta dunia tidak tergesa-gesa dengan jemaah haji sehingga wabak ini semakin jelas, kerana yang utama ialah keselamatan jemaah dan kesihatan awam,” katanya, seperti dipetik Arab News.

Pada hujung Februari lalu, Arab Saudi menangguhkan pengeluaran visa umrah, sehingga mencetuskan spekulasi langkah sama akan turut diambil bagi ibadat haji.

Arab Saudi menerima lebih kurang 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia pada setiap tahun.

Ibadat haji tahun ini dijadual bermula pada hujung Julai.

Selain menggantung ibadah umrah, Arab Saudi juga menghentikan kemasukan semua warga asing ke negara itu selain menyekat pergerakan keluar dan masuk di beberapa bandarnya, termasuk Mekah dan Madinah.

Ibadat umrah dan haji adalah antara sumber pendapatan utama Arab Saudi, yang termasuk dalam pelan pembaharuan ekonomi di bawah kendalian Putera Mahkota Mohammed Salman.

Sehingga hari ini Arab Saudi dilaporkan mempunyai lebih 1,500 kes positif Covid-19 dan 10 kematian. – Agensi 


PENGORBANAN

UMAH ISLAM

UNTUK UMAT

MANUSIA
SALUT
-----------

1 ulasan:

  1. TT aku msh ingat ramai Warotad kata,klu manusia berhenti Tawaf Kaabah,Dunia akan berhenti berpusing.Sekarang dah takde org Tawaf ada kah Dunia dah berhenti berpusing.Mohon pencerahan dari Al Ustaz Al TT.

    BalasPadam