Ahad, 26 April 2020

MAT KOBID DISANA SINI







MAT KOBID

DISANA SINI


Malaysia catat 100 kes pulih, 38 kes baharu



Pelajar di zon tengah dibenar pulang mulai malam esok, kata menteri


Jangkitan di pasar Bahau, PJ berkait kes pasar borong, kata Dr Noor Hisham

JANGKITAN baharu dikesan di kalangan peniaga di pasar awam di Bahau dan Petaling Jaya dikaitkan dengan penularan kes di Pasar Borong Kuala Lumpur, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes itu dianggap demikian kerana kedua-dua kes mempunyai sejarah perjalanan ke Pasar Borong Kuala Lumpur, salah satu kawasan tumpuan pengesanan kes Covid-19.

“Jadi kita anggap mereka dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur,” katanya yang menambah pengesanan kontak rapat sudahpun dijalankan melibatkan kes terbabit.

Dua kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kini diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan tumpuan pengesanan dalam kalangan warga asing berisiko.

Dr Noor Hisham berkata, kes di pasar awam Taman Megah di Petaling Jaya melibatkan 60 peniaga, yang dianggap kontak rapat kepada peniaga yang dijangkiti.

AWAS

1 ulasan:

  1. Covid tidak akan selesai dalam masa terdekat, nak hantuk kepala pun tak boleh, nak zikir zakar pun tak boleh,.masa sendiri, hadap Tuhan secara ikhlas, mohon suci segala dosa masing-masing, cuci tabung yang simpanan wang haram, jangan drama sketsa jangan wayang, buat ikhlas, tolong orang susah yang tidak ada makanan minuman, tolong seorang Dua, kita jaga kita, anak sendiri bagi susu dulu, anak kera pandai lah Cari makan sendiri, tak payah sibuk, tak payah gundah gulana, nak buat isu, nak buat sidang media,tunjuk muka di face book Instagram twitter tak payah tak payah...sedekah tak payah heboh, tak payah publisiti kah kah kah

    BalasPadam