PENIAGA INI
TULANG BELAKANG
NEGARA
ANGKA INI
PASTI MELONJAK
30 peratus perusahaan kecil mungkin tumpas
KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil memerlukan kira-kira enam bulan untuk pemulihan dan 30 peratus daripada mereka dikhuatiri akan “tumpas” seawal akhir April atau pertengahan Mei jika gagal menerima bantuan kerajaan.
Keadaan itu juga bermakna sehingga tiga juta orang akan berdepan risiko pengangguran.
Terputusnya operasi semasa kawalan pergerakan juga memutuskan punca pendapatan industri, khususnya sektor perkhidmatan.
“Kebanyakan majikan adalah dari perusahaan kecil yang tidak mempunyai tunai yang banyak dan mempunyai tidak lebih lima pekerja.
“Mereka terdiri daripada 650,000 majikan dan 30 peratus daripada mereka berdepan risiko gulung tikar ekoran perintah kawalan pergerakan,” kata Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan kepada China Press.
Beliau berkata, sebahagian perusahaan kecil telah mencatat prestasi yang menjunam 33 peratus pada Februari dan kawalan pergerakan hanya memudaratkan lagi keadaan mereka.
“Walaupun untuk perusahaan yang dibenarkan beroperasi pada tempoh kawalan, perniagaan masih susah berjalan kerana kekurangan bekalan,” katanya.
Tambah Shamsuddin, perusahaan kecil lagi sukar untuk mengekalkan keberlangsungan jika terdapat hotel yang besar pun gagal bertahan dan menamatkan perniagaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Yap Lip Seng berkata, hotel tiga dan empat bintang menerima kesan paling ketara dengan 30 peratus hotel kategori itu mungkin gulung tikar dalam beberapa bulan akan datang.
Katanya, pembatalan bilik sehingga 20 Mac telah menyebabkan kerugian RM75.69 juta.
“Sebanyak 193,057 bilik dibatalkan dengan yang paling teruk berlaku di Kuala Lumpur dengan 61,859 bilik dibatal melibatkan kerugian RM24.91 juta,” katanya. – MalaysiaGazette
INI BARU
PERMULAAN
NEGARA AKAN
PARAH
PERLU GARIS
EKONOMI DAN
GARIS POLITIK
BARU JIKA TAK
KITA HANCUR
--------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan