Jumaat, 10 April 2020

PERANG MINYAk PERANG COVID





MINYAK IALAH

DARAH EKONOMI

BILA JATUH 

HARGA MAKA

NEGARA PEGELUAR

MACAM KITA

 SAKIT TENAT



Harga minyak mentah menjunam ketika rundingan Opec

HARGA minyak mentah dunia menjunam hari ini, ketika pengeluar utama pengeluar utama cuba memuktamadkan perjanjian penting dalam menghadapi kesan akibat wabak Covid-19.

Penanda aras minyak Amerika Syarikat (AS) West Texas Intermediate turun 9.3% kepada AS$22.76 setong pada dagangan pagi Asia manakala Brent, penanda aras antarabangsa, turun 4.1% kepada AS$31.48 setong.

Harga minyak bergelut pada paras terendah hampir dua dekad ekoran kurangnya permintaan susulan aktiviti ekonomi yang perlahan di tengah-tengah wabak Covid-19. 
Situasi ini diburukkan lagi oleh perang harga antara Arab Saudi dan Rusia.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) termasuk Riyadh, dan sekutu OPEC+ termasuk Moscow, juga anggota bukan utama lain, mula mengadakan rundingan menerusi sidang video pada petang Khamis.


Syarikat minyak Venezuela, PDVSA berkata Arab Saudi dan Russia mencadangkan pengurangan pengeluaran kira-kira 10 juta tong sehari, dan cadangan itu disokong Caracas.

Presiden AS Donald Trump sementara itu berkata penjanjian hampir dicapai susulan rundingan rundingan video diadakan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Mahkota Mohammed bin Salman dari Arab Saudi.

Bloomberg bagaimanapun melaporkan perjanjian sementara bagi pemotongan pengeluaran itu digugat oleh keengganan Mexico untuk turut serta dan perbincangan akan diteruskan pada Jumaat.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata jika perjanjian menetapkan pengurangan 10 juta tong minyak sehari, tetap tidak mencukupi untuk mengimbangi pasaran, berdasarkan jumlah lebihan bekalan ketika ini. – AFP, 10 April, 2020.


BILA HARGA

MURAH JUAL

MINYAK TAK

BERBALOI

KOS CARIGALI

LAGI MAHAL

INI BERAT

-

1 ulasan:

  1. lu ada kereta ka? sibuk pasal minyak naik turun.Masa minyak tinggi keuntungan mana pergi? Saja tanya jangan marah Kah kah kah. Madeey rembat, Pak lah rembat, najib rembat.

    BalasPadam