18 MEI 2020
SEKALI LAGI
HIGH NOON
Bangkit semula, rebut mandat yang dirampas, seru Dr Mahathir dan Anwar
DR Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk kembali berjuang merebut mandat mereka yang dirampas oleh kerajaan Muhyiddin Yassin, dua bulan selepas peralihan kuasa Perikatan Nasional menggantikan Pakatan Harapan di Putrajaya dan beberapa negeri.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka menegaskan tidak mengiktiraf kerajaan Muhyiddin yang berdiri tanpa mandat rakyat.
Mereka meminta rakyat agar tidak melupakan semangat perjuangan yang membawa perubahan bersejarah dalam pilihan raya umum ke-14.
“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya.
“Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei 2018.
“Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia Baharu,” kata mereka dalam kenyataan sempena memperingati genap dua tahun PRU14.
Dr Mahathir, 94, dan Anwar, 72, mengaku mereka sudah berusia dan tidak punya banyak masa, namun menegaskan semangat perjuangan mereka “marak dalam jiwa” setiap anak muda yang impikan perubahan untuk Malaysia.
Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, mengeluarkan kenyataan sebagai pengerusi Bersatu sementara Anwar, Ahli Parlimen Port Dickson, sebagai ketua pembangkang.
Dalam kenyataan itu, mereka mengimbau kemenangan PH menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum genap 24 bulan lalu.
Dr Mahathir ketika itu mempengerusi PH dan dipersetujui sebagai perdana menteri gabungan itu.
“Dua tahun lepas, dunia menyaksikan sejarah terpahat di mana Malaysia telah membentuk sebuah kerajaan baharu yang menjunjung undang-undang, nilai moral dan tanggungjawab,” kata mereka.
Namun hari ini, mandat rakyat dua tahun lalu sudah dikhianati dan kerajaan PH dijatuhkan, kata mereka, pada Februari lalu ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19.
Dr Mahathir dan Anwar berkata secara prinsipnya mereka tidak dapat memperakui kerajaan Muhyiddin yang tidak mempunyai mandat rakyat, sementara pemimpinnya hanya tamakkan pangkat dan jawatan.
“Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini,” kata mereka.
Mereka juga menambah, tidak mahu mengkhianati rakyat yang berkorban masa, tenaga, dan wang terlibat dalam pilihan raya umum untuk mengubah masa depan negara.
Pentadbiran PH runtuh selepas Muhyiddin membawa keluar Bersatu dari gabungan itu pada 24 Februari, sementara Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, menyebabkan kabinetnya gugur serta merta.
Sehari sebelum itu, sekumpulan ahli Parlimen PH diterajui kumpulan Mohamed Azmin Ali dari PKR berhimpun bersama ahli Parlimen dari Umno dan PAS serta BN di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Beberapa pemimpin kanan Bersatu turut mendedahkan keputusan Muhyiddin itu tidak pernah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi parti.
PH kini kekal tiga parti iaitu PKR yang dipimpin oleh Anwar, serta Amanah dan DAP.
Bersatu terbelah dua antara kem Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Semalam, Speaker Dewan Rakyat mengumumkan menerima usul Dr Mahathir untuk undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri, untuk dikemukakan apabila Dewan Rakyat bersidang pada 18 Mei ini.
Sidang Dewan Rakyat itu adalah yang pertama sejak Muhyiddin mengetuai pentadbiran baharu di Putrajaya. – 9 Mei, 2020.
SAPA AKAN
SABOTAJ SAPA
TUAN SPEAKER?
TAKDA MASA
MAT SONGEL
BELOT UNDI
ATAU
LIM GUAN ENG
BELOT LAGI
TUNGGU LIHAT
KHALAS
Umpan sudah makan. Maka mat songel mencium cium umpan bontot.
BalasPadamAku nampak si Nuar ni nak kene kencing lagi sekali ngan Mahadey. Nuar dan penyokong dia tak tertanya ke kenapa Mahadey tak tunggu usul tak percaya kat Parlimen dulu sebelum letak jawatan hari tu? Kenapa tergesa-gesa sangat letak jawatan? Bayangkan kalau usul tak percaya ni Muhyidin menang dan Mahadey ngaku kalah dan kembali bersama Muhyidin. Nuar dan penyokong kuyup lagi laa kah kah kah. Kalau Nuar bijak, biarkan Mahadey ngan usulnya. Ngaku kalah siap2, biarkan Muhyidin berkuasa hingga ke PRU15..guna alasan keutamaan kepada rakyat. Biar Mahadey ja nampak gila kuasa. Tapi ianya tak mungkin berlaku kerana semua kenal Nuar dan kerakusan terhadap lubang jubur dan kerusi PM.
BalasPadamMadey gandeng tangan dan bergesel pishang dgn Abam ontok lanyak Malikol. Ini dah macam koboi Gud, Bad and Ugly.
BalasPadamWalau pun mukanye masih dililit lemak, INI KALI gwa sokong Malikol aka Tuan Haji Muhyiddin PM Malaysia.
Politik Melayu tak habis habis. Melayu oh Melayu, politik kamu idiot. Bikin susah. Kamu Melayu Islam, politik kamu kotor. Di 🌒 bulan suci kamu pun, kamu sanggup bercakaran. Kamu sendiri yg tidak hormat bulan puasa kamu.
BalasPadam