Selasa, 12 Mei 2020

BAHAYA AKAN SAMPAI







AWAS

KOBID MASIH

MENYERANG


Kes virus di Wuhan, Korea Selatan cetus kebimbangan gelombang ke-2


NEGARA di Eropah dan juga New York memulakan langkah pembukaan semula semalam selepas proses panjang pengurungan akibat koronavirus, tetapi kemunculan semula jangkitan di China dan Korea Selatan memberi amaran serius mengenai bahaya gelombang kedua.

Kesan yang pelbagai menggambarkan apa dihadapi kerajaan di seluruh dunia ketika berusaha menghidupkan kembali ekonomi yang hancur sambil terus mengawasi wabak yang kini membunuh lebih 283,000 orang dan menjangkiti lebih 4.1 juta penduduk dunia.

Ketika Perancis dan Sepanyol menikmati kebebasan baru dan Britain serta New York mengumumkan rancangan pembukaan semula sebahagian, bandar Wuhan di China tempat wabak muncul, melaporkan kes baru bagi hari kedua selepas sebulan tanpa sebarang tanda virus.

Korea Selatan pula mengumumkan jumlah jangkitan tertinggi selepas sebulan disebabkan kluster di daerah hiburan di Seoul.

Dengan juta orang hilang kerja dan ekonomi yang teruk, kerajaan terdesak untuk bermula tetapi kebanyakannya memilih pendekatan secara beransur-ansur kerana bimbang kebangkitan virus lebih besar.

Di beberapa tempat di Eropah, menunjukkan trend lebih baik dengan kematian harian di Sepanyol jatuh kepada 123 dan Itali - yang pernah menjadi pusat wabak di Eropah - melaporkan kurang 1,000 pesakit dalam rawatan intensif, paling rendah sejak 10 Mac sebelum kemuncak wabah.

Perancis menyaksikan kematian hariannya menurun selama beberapa hari tetapi melaporkan kenaikan semalam sebanyak 263 orang, ketika ia mulai menutup sebuah hospital padang tentera yang dibina untuk mengambil pesakit rawatan intensif ketika hospital sesak.

Kematian yang disahkan meningkat melebihi 80,000 di Amerika Syarikat, jauh lebih tinggi berbanding negara lain, menurut Universiti Johns Hopkins. – AFP, 12 Mei, 2020.


JANGAN CEPAT

NAK BERPESTA

MAUT ADA

BELAKANG PINTU

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan