Selasa, 12 Mei 2020

BARU SEKARANG SEDAR








PERANAN 

POSITIF KOBID

MEMBAWA

KESEDARAN

Hanya pekerja asing sah boleh diupah, kata DBKL

SEMUA pelesen premis perniagaan, penjaja dan pasar-pasar awam di sekitar ibu kota mesti melantik atau menggaji pembantu atau pekerja warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata arahan itu termaktub dalam Undang-Undang Kecil (UUK) 20 Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan UUK 22 Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016. 

Arahan itu turut terpakai kepada pelesen pasar awam dan pasar borong di bawah UUK 14 Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016, UKK 38 Pasar (WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan UUK 16 Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002.  

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan surat arahan itu kepada semua pelesen yang terlibat pada hari ini untuk mematuhi peraturan itu. 

“Pelesen diarah mula merancang untuk pelantikan atau penggajian sepenuhnya pekerja warga asing yang mempunyai permit kerja sah sahaja bagi memastikan operasi perniagaan mereka tidak terjejas. 

“Kegagalan untuk mematuhi arahan ini membolehkan tindakan lebih tegas dikenakan ke atas pelesen termasuk membatalkan lesen perniagaan, tindakan sita dan menamatkan kontrak perjanjian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Nor Hisham berkata pembukaan Pasar Raja Bot di Chow Kit, yang akan bermula esok (13 Mei) ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 

Notis penutupan itu dikeluarkan DBKL sejak 29 April lalu bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan saringan Covid-19 terhadap peniaganya. – Bernama, 12 Mei, 2020.

NASIB BAIK

KOBID DATANG

MENYERANG

BARU SEDAR

NEGARA INI 

AKAN JATUH 

KETANGAN 

PENDATANG

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan