Khamis, 21 Mei 2020

BERBUKA KE 28






BERBUKA

HARI INI PUASA AMAT
SELESA PANAS BERANGIN
PETANG REDUP
JAM 6.36 HUJAN TURUN
SUASANA BERBUKA 
SEJUK NYAMAN

DUA HARI LAGI KITA RAYA
LALU TERINGAT
ZAMAN KANAK KANAK
ADA
BAJU RAYA
KASUT RAYA
SONGKOK RAYA
SEMUA BARU
KALAU TAK ADA  YANG BARU
MACAM
TAK JADI RAYA

PADA KETIKA ITU GUA HAIRAN
EMAK DAN ABAH GUA
TAK AMBIK POT
TENTANG BAJU KASUT BARU
SEKARANG BILA 
GUA DAH PATUT JADI AYAH
GUA SEDAR
SEMUA ITU TAK ADA APA MAKNA
ITU  RAYA UNTUK KANAK KANAK

TAPI AWAS
MEMILIKI BARANG  
DI ZAMAN KANAK-KANAKI
TERBAWA HINGGA TUA
TANPA  KESEDARAN

NILAI INI
MASIH MERANTAI RAMAI ORANG
NAK BELI KERETA BARU
NAK BELI KERUSI  MEJA BARU
NAK BELI BARANG BARANG
NAK KUMPUL BARANG BARANG

BARANG BARANG
GUA ULANGI
BARANG BARANG

SEBENARNYA BANYAK
BARANG BARANG INI
TIDAK KITA PERLUKAN

SEMASA GUA DI KAMUNTING
DUA ADA
DUA SELUAR
DUA BAJU
SATU SELIPAR
SATU BAJU T
PALING MINAMLIS

KETIKA GUA LARI
MELINTAS SEMPADAN
NYULUP NYEBERANG
SUNGAI GOLOK 
GUA HANYA ADA
SATU KASUT
SATU BAJU
SATU SELUAR PANJANG
TOWEL  DALAM PLASTIK BEG
INILAH HARTA GUA
TAHUN 1974

HARI INI BILA GUA
PANDANG KELILING BILIK GUA
BERSEPAH BARANG
BANYAK 
YANG GUA TAK PERLU

SABENRANYA DALAM HIDUP
YANG KITA PERLUKAN 
BUKAN BARANG
TAPI ALAT UNTUK BERTUKANG
MENCARI KEHIDUPAN
BERAPA BAYAK ALAT
YANG KITA PERLUKAN
UNTUK MENUKANG KEHIDUPAN
INI JARANG KITA TANYA
DIRI KITA

KITA TELAH DIBOHONGI
DENGAN NILAI
 MENGUMPUL BARANG
KITA DIBERI NILAI
JIKA KITA ADA BARANG
LAGI BANYAK BARANG
YANG KITA ADA
LAGI BAHAGIA HIDUP

MEREKA YANG 
TIDAK MEMILIKI BARANG
ADALAH MEREKA 
YANG GAGAL DALAM HIDUP
JUSTERU GAGALIS

PETANG INI
GUA ADA 
KUEH LENGKONG KELMARIN
ADA KUEH TART NENAS
KARTONIS RONASINA BERI
GUA PETANG KELMARIN

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT


1 ulasan:

  1. Penukul,sabit,beliung adalah alat bertukang. Begitunya sosialis yang menyuruh mengguna alat alat ekonomi untuk kesejahteraan umat.masih dollar,riyal,ringgit,hanya alat simpan nilai.cara alir nilai inilah ke arah bangun manusia atau menghambakan manusia.jika warga tani asal tanah melayu,hanya bekalnya sebungkus kain baju,mata cangkul dan kayu pengandar dibuat alat mwncangkul.seluas mata memandang sawah bendang dipugar.

    BalasPadam