Jumaat, 8 Mei 2020

LAI LA TUL QADAR






DARI ARKIB TT
13 JUN 2017


MALAM

LAILATUL QADAR



SI MAMAT

Suatu Ramadan dulu ada si Mamat tu tiap2 malam buat Trawikh 20 rakaat.Pada malam  entah ke 21 atau 27 tetiba buat 8 jer. Rupa2 nya Dia dah kenyit mata bini dia Jenab sebelum turun ke surau.

Belum 10 malam dah senggama dan tidor lah kedua dua mereka keletihan.

Pukul 3 pagi bergegas  si Mamat ke alor sungai belakang rumah nak mandi wajib.Disangkutnya kain pelikat dan tuala pada pokok buloh.

Sesudah mensucikan diri nak capai tuala dan kain dah hilang. Nasib baik mandi pakai seluar dalam dan maseh gelap. Sesampai di rumah terus ambil guni dedak ganti kain....

Pukul 9 pagi ramailah orang kampong berkerumun melihat tuala dan pelkat si Mamat berkibar di puncak rimbunan buloh...kebetulan disangkut masa pokok buloh sedang sujud Lailatul Qadr.

wallahuqalam bissawab

NOTA: 8/5/2020

Ada yang ikut dongengnya katakan pokok2 sujud pada malam Lailatul Qadr..disangkutnya spenda tepat pada saatnya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan