Rabu, 6 Mei 2020

MERAKAM SEJARAH - XENOPHOBIA OH ROHINGYA









MERAKAM SEJARAH

XENOPHOBIA OH ROHINGYA

Ketika saya menulis ini Senin – 4/5/2020  PKP telah menjadi PKPB : Perentah Kawalan Pergerakan bertukar menjadi Perentah Kawalan Pergerakan Bersyarat.  Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kelonggaran PKP pada Jumaat Hari Buruh yang lalu.  Kini telah ada kelonggaran  perentah berkurung tapi dengan bersyarat. 

Apa syarat yang dimaktub dalam PKPB saya kurang arif. Untuk pengetahuan teperinci sila rujuk dengan Majlis Keselamatan Negara.  Apa yang saya tahu  dan sedang saya amalkan ialah saya akan terus  menjauhkan diri dari orang ramai. Ertinya saya masih berkhalwat. Amin

Sayugia saya beritahu disini  bukan saya seorang sahaja  yang terus ingin  terus berkhalwat. Anak semua bangsa  - dan bangsa semua agama dari  -  Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sabah , Sarawak dan Pahang ingin terus berkhalwat. Ini dibuktikan  dengan keengganan tujuh Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk akur dengan  arahan  PKPB  Muhyiddin Yassin.

Tujuh negeri ini bermakna lebih dari 60 peratus warga negara kita ini enggan patuh dengan PKPB.  Orang ramai merasa was was tentang arahan ini.  Saya faham kenapa ini berlaku.

Pada awalnya polis , askar , tangkapan dan mahkamah telah digunakan untuk  memaksa warga duduk dirumah.  Menteri dan YB  termasuk  anak  menantu bekas  Menteri  telah  dikutuk dan dimaki hamun oleh orang ramai kerana ingkar arahan PKP.  Hasilnya orang ramai telah akur menerima arahan awal  ini untuk keselamatan diri. Orang ramai sedar akan bahaya Karona.  Tata cara dan peraturan PKP masuk akal.

Tetiba PKPB sampai. Semua menjadi longgar. Tetapi ketakutan masih ada. Bukan takut pada polis  Hakikatnya lebih 60 peratus anak semua bangsa  masih merasa gentar  dan takut dengan  Karona. Justeru   tujuh buah negeri enggan patuh dan  tidak yakin dengan arahan PM.

Dalam politik apa maknanya ini ?

Maaf tulisan saya minggu ini bukan cuba merungkai dan menganalisa sokongan orang ramai terhadap kerjaan Perikatan Nasional. Ini memerlukan tulisan yang lain. Mukadimah saya diatas hanya bertujuan untuk merakam sejarah tentang peralihan PKP kepada PKPB.

Tulisan kali ini bertujuan membuka  perbincangan dan pencerahan tentang Rohingya. Maaf.  Jangan salah tafsir. Bukan tentang Rohingya Rohingya. Rohingya  dalam analisa saya hanyalah manifestasi.  Ada satu yang lebih besar  yang perlu dicerahkan. Ada bas dibelakang Kancil. Ada inti daging dalam dalam kueh pau.  Ada yang tersorok dan terbenam yang perlu dicungkil dan dikupas.

Pekara ini ialah xenophobia. Ejaan perkataan ini membuktikan bahawa ianya  bukan berasal usul dari Tanah Melayu.  Bunyinya zeno pobia. Perkataan ini berasal dari  bahasa Greek. Xeno  bermakna orang asing. Phobia bermakna benci takut. Xenophobia benci dan takut pada orang asing.

Justeru xenophobia ini adalah sikap.  Sikap benci pada orang  asing. Tak suka orang asing. Tak minat orang asing. Asing ini maknanya bukan dari kelompok bangsa dan budaya yang sama.  Yang asing dan yang lain – the other. Bukan orang kita.

Dari mana  munculnya sikap ini. Sikap dan tingkah lalu dan adab tutur kata  bukan wujud  dengan sendirinya. Sikap adalah sebahagain dari pandangan dunia seseorang. Pandangan dunia ini  tidak wujud dalam ruang kosong. Ada sebab. Ada musabab. Ada penyebab.  

Sikap xenophobia  ini  dimiliki oleh anak pelbagai  bangsa dari pelbagai negara.  Ianya bukan hak monopoli satu bangsa, satu kaum atau satu negara.  Dimana-mana pun dalam dunia ini sikap xenophobia  wujud. Melayu ada sikap xenophobia. China ada sikap xenophoba. India pun ada.  Umat mansia dalam dunia ini ada memiliki sikap ini. Sikap ini terpendam gelap.  Xenophobia  akan muncul bila  suhu dan suasana tepat.  Saperti virus Karona  yang akan menyerang apabila suhu iklim   tepat dan  betul mucul.

Stesen Tv Al-Jazeera  pada  17 September 2017 telah melaporkan bagaimana warga Afrika Selatan telah menbelasah  orang asing dari Nigeria. Dilaporkan seramai 12 orang warga Nigeria telah dibunuh mati. Ini orang kulit hitam bunuh orang kulit hitam i.e negro bunuh negro.  Apa yang berlaku tidak ada kaitan  dengan  rasisma kulit puteh.

Di Amerika suasana  dan iklim xenophobia sedang subur.  Sikap ini memang  telah lama terpendam. Ianya menjadi subur kerana suasana basah dari percikan air liur penghuni Rumah Puteh yang bernama Trump.   Di Amerika sikap benci  dengan orang asing i. e pendatang semakin menjadi jadi.

Kempen Trump mahu mendirikan tembok untuk menghalang  kemasukan pendatang haram dari Latin Amerika amat popular dikalangan  kelas buruh di Amerika. Kempen Trump mahu nyahkan  semua pendatang haram kini satu slogan politik yang berjaya.

Di Amerika ada banyak jalur kanan – pandangan dunia kanan. Kita sering mendengar Ku Kluk Klan (KKK)  yang diwujudkan pada tahun 1865. Kumpulan ini lahir dari suasana  era pasca Perang Saudara Amerika (1861-1865). Pembebaskana  hamba abdi  menjadi pemangkin  kelahiran KKK. Kumpulan ini menetang pembebasan hamba abdi.  Hingga ke hari ini  ajenda Perang Saudara ini masih belum selesai pada tafsiran beberpa kumpulan kanan.

Pada 5 April 2020 yang baru lalu mengikut laporan  akhbar The Guardian London  satu kumpulan yang memanggil diri mereka  The Boog telah keluar berdemo dengan membawa senjata. Mereka tidak mahu berkurung menentang Covid-19.   Pada 1 Mei yang lalu di Michigan jaringan kumpulan yang sama telah keluar bedemo  di Dewan Undangan menuntut ahli majlis memansukan arahan PKB. 

The Boog sedang bersiap sedia dengan senjata untuk memerangi orang luar. Meghalau pendatng haram. Jika mereka degil M16 mereka akan mempercikkan air talkin.

Babak politik Brexit di Britain juga adalah manifestasi dari pandangan dunia yang sama – menolak pendatang asing.  Penyokong Brexit berpendapat apabila UK keluar dari Kesatuan Eropah bermakna  pedatang asing  dari negara Eropah yang lain tidak boleh sawenang-wenang meloroh masuk mencari kerja di United Kingdom.

Apa sangkuat paut semua ini dengan Rohingya?


Biar saya ingatkan kepada kumpulan Melayu yang mudah lupa bahawa Rohingya ini pernah menjadi  raison d’etre antara parti Islam Pas dengan United Malays National Organistion.  Atau untuk lebih senang difaham, lebih afdal lagi soheh jika  saya nyatakan bahawa  Rohingya ini adalah satu apps  mencari pasangan. Si  Rohingya ini adalah Tinder , Grindr atau Omi Chat untuk mempertemukan    Parti Islam Pas dan United Malays National Organistion.

Jangan lupa sabelum ini Parti Islam dan United Malaya  National Organisation bermusuhan. Kapir mengkapir.   Melalui apps Rohingya dua musuh lama  ini berkenalan. Parti Ketuanan Melayu dan Parti Islam Arab ini bersegama  dalam Mufakat Nasional. Siapa Tok Kadinya? Ingat atau tidak?

Ajensi Bernama telah melaporkan  pada  4 Disember 2016 Najib dan Hadi telah duduk bersanding dipelamin bersolidariti dengan Rohingya. Sah dan soheh dua parti ini berjaya bersegama melalui apps Rohingya. Dan Tok Kadi pun Rohingya.

Rohingya oh Rohingya – kamu  menjadi  teater lakonan  solidariti Islam. Apps Rohingya  telah mempertemukan Parti Ketuanan Melayu  dengan Parti  Ketuanan Arab.


Sayugia dingatkan bahawa pada satu ketika dulu parti   Ketuanan Melayu ini dianggap kafir oleh Parti Ketuanan Arab  kerana  berkongsi makan  gulai kawah  yang ada termasuk  sekutul daging babi. Daging babi ini mengikut pandangan Parti Ketuanan Arab  ialah  Malaysian Chinese Association  yang berada dalam kawah Barisan Nasioaal. Amin. 

Jeng jeng jeng - saperti   perangai semua pengantin baru lepas kahwin terus  ke ranjang. Pengantin lupa Tok Kadi. Apps terus dibuang dan dilupakan.  Siapa yang belum kahwin pasti tak arif nikmat diranjang. Parti Ketuanan Arab masuk ke rajang Perikatan  Nasional.  Baik punya ketat. Sendat lagi rapat  mendapat kerusi empok Menteri.

Sedang enak bersegama dengan kerusi Menteri tetiba  Tok Kadi muncul kembali. Kali ini dalam  sebuah kapal dengan ratusan orang pelarian. Orang pelarian Rohingya ini cuba  mendarat di Langkawi untuk mencari perlindungan. Mereka diberi pertolongan. Di berikan makanan.  Kemudan perahu Rohingya ini  ditarik masuk ke parairan antarabangsa.

Jeng jeng jeng.  Tok Kadi Rohingya  sudah dilupakan.  Solidari Rohingya tercampak ke dinding. Tuan Haji Hadi Awang hilang  kuah… oppss silap…  hilang ukwah Islam.  Orang pelarian Rohingya tidak dibenarkan mendarat.
Heboh heboh heboh. Semua nak bercakap tentang Rohingya. Tetiba  Rohingya  dilihat cool. NGO yang mendapat dana dari luar negara pun mula berkokok. Kokok NGO memeriahkan lagi suasana. Ini  ditambah pula dengan aji no moto dari parti lawan  yang  memperlekeh ulamak yang bernama Tuan Haji Hadi Awang. Kah kah kah.

Maka Hadi Awang menjadi kelam kabut. Mencari ayat untuk bersilat lidah agar terus   dilihat sebagai contoh alim ulama  yang berilmu bukan hanya  banyak bini.

“Kita perlu membuat perhitungan secara bijak, kerana dalam kalangan Rohingya ada yang benar-benar berjuang, maka wajib disokong perjuangan mereka untuk menuntut hak kemanusiaan, kerakyatan dan beragama,” tegasnya.

Menurut Abdul Hadi, ada juga kumpulan yang tidak peduli dengan apa yang berlaku, hanya sekadar mahu menyelamatkan diri sahaja. 
“Bahkan ada juga yang mencari kesempatan sehingga menimbulkan masalah sosial dan keselamatan kepada negara penerima.”
Kata-kata  Haji Hadi ini saya pungut dari Portal Suara Sarawak  keluaran  27 April 2020 yang lalu.

Apa tujuan saya memaparkan semua ini?

Tujuan saya ialah untuk membuktikan bahawa rasa xenophobia itu wujud  dalam sanubari umat manusia. Sama ada kamu alim, kamu ulamak, kamu Islam , kamu Hindu, kamu Kristian atau apa sahaja – sikap xenophobia ini wujud.

Masa dan ketika akan menentukan.

Dalam perang, dalam pertempuaran ada tiga pekara akan lahir. Pertama kepimpinan. Kedua kemanusian. Ketika kebinatangan. 

Pada ketika ini kita semua  sedang bertempur dengan virus Karona. Virus ini sedang menduga  kita sesama kita. Virus ini boleh menyerlahkan kemanusiaan kita saperti yang dilakukan oleh barisan hadapan – para jururawat, para doctor ,  pihak hospital, PDRM, askar di jalan raya termasuk kumpulan NGO dan individu yang menyumbang dana dan makanan. Krisis Cobid-19 menduga kemanusiaan kita.

Serangan Karona ini  akan juga berupaya mengoyakkan ,meruntuhkan dan membogelkan segala topeng yang kita pakai selama ini. Topeng agama , topeng status, topeng menteri , topeng kedudukan  akan koyak terbarai hasil  serangan Cobid-19

Heboh-heboh Rohingya ini jelas  hanya manifestasi. Apakah Tuan Haji Hadi Awang ini bersikap  xenophobia?  Kenapa xenophobia  muncul.   Dari mana sikap  ini datang?  Manifestasi ini apa induknnya? Untuk pencerahan lanjut tunggu minggu hadapan. (TT)



1 ulasan:

  1. Satu satunye sosok yang tidak xenophobia adalah Sang Syumul Haji Zahid. Tuan Haji ini bagai Pejuang Islam Lang Buana setaraf Salahudin Ayubi. Hatinye sangat tersentuh dengan kemiskinan sudara seislam BANGLA ..jika ada peluang dan ruang Tuan Haji ni nak bawak masok 1.6juta ekor jantan dewasa Bangla Islam. Ni tak de kena mengena dgn Teori DUIT KOPI Pendikar Sahamboey okeiy ..

    BalasPadam