Isnin, 18 Mei 2020

MUHYIDDIN DISELAMATKAN OLEH MAT KOBID






KALAU 

MAT KOBID

TAK ADA

PASTI KERAJAAN

LUNGKUP



Demokrasi mati jika ahli Parlimen tak dibenar bersuara, kata Dr Mahathir

JIKA wakil rakyat tidak dibenarkan bersuara di Parlimen itu tandanya demokrasi sudah mati, kata Dr Mahathir Mohamad selepas sidang Dewan Rakyat tersingkat dalam sejarah hari ini.

“Kami tidak dapat terima alasan kononnya kerana pandemik Covid-19 ini kita cuma boleh bersidang selama dua jam saja.

“Kalau mesyuarat penuh sehari, tak ada masalah,” kata presiden Bersatu dan bekas perdana menteri itu pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Jika rakyat dibenarkan bekerja, makan dan membeli belah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sudah tentu ahli Parlimen juga selamat untuk bersidang dan berbahas, tambah beliau.

“Sedangkan di Sabah tiga hari mesyuarat (Dewan Undangan Negeri).

“Tetapi di Kuala Lumpur ini barangkali angin ini penuh dengan Covid-19. Sebab itu tak berani, kalau kita bercakap dia keluar dari mulut.

“Parlimen berperanan gedung cakap… (tetapi) ini gedung bisu.

“Ini menandakan bahawa demokrasi sudah berakhir jika kami tak dibenarkan bersuara sebagai wakil rakyat,” jelasnya pada sidang media yang turut disertai oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal dan bekas menteri Kedah Mukhriz Mahathir.

Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir.

Dr Mahathir ketika memulakan sidang media mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Parlimen yang membuat persiapan untuk Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di hari ini, termasuk menyusun tempat duduk sedang bagi memastikan jarak sosial dan memeriksa suhu badan dan memastikan kebersihan wakil rakyat sebelum masuk ke Dewan.

“Kami kena cuci tangan dua kali sebelum dibenarkan masuk,” kata ahli Parlimen Langkawi itu.

Sidang hari ini ditangguhkan selepas titah diraja dan Dewan Rakyat dijadual bersidang semula pada 13 Julai ini. – 18 Mei, 2020.

PASAI APA

ABAM TAK ADA

ADA MAIN

KAYU TIGA

DENGAN 

MUHYIDIN

DIBELAKANG

PARLIMEN 

KAH KAH KAH

PUTAR LAGI

KESIAN DAP

DAN AMANAH

KENA

KENCING

KAH KAH KAH

6 ulasan:

  1. Demokrasi mati ke, pengsan ke ..pemimpin kita tetap hanyot mengisi tombolok memasing ..bergasak nak jadi billionaire dgn cara melanon.

    BalasPadam
  2. TT, tak hadir boleh kutip elaun mesyuarat parliment? Berhak dapat gaji ahli parlimen? Abam dan konco-konco nak ambik gaji buta ke?

    BalasPadam
  3. Kahkahkah abam jugak yg disalahkan. Kahkahkah makin teruk sakai anak lelaki rais ni. Sakai yg baik adalah sakai yg mati, hidup rakyat akan nyaman. Kahkahkah

    BalasPadam
  4. Dulu masa pemilihan presiden Amerika Isham punya propa Clinton tidak baik untuk dunia kerana dibelakangi gerombolan capitalist. Punyalah sanjung dan support Trump. Sekarang lu mcm mana ngan Trump senyap je. Ke lu salah pilih.

    BalasPadam
  5. Ikut suka dia lah.Org lain boleh kenapa dia tak boleh.Dia bukan maksum.

    BalasPadam
  6. masalah utama negara bukan dadah, bukan Covid, bukan bukan bukan,.masalah utama ialah RASUAH, rasuah sudah menjadi darah daging urat otak nyawa gerombolan, rasuah punca segala ketaksuban rakus nak bolot harta kekayaan, mereka tidak peduli lagi dengan kebenaran, ikhlas atau tidak selagi dapat kekayaan, sebab itu Madet marah Melayu, bukan sebab tak maju, marah sebab Melayu sanggup tikam belakang, khianat, so hal integriti lupus dengan semangat perjuangan kaum agama bangsa terus main main dengan perasaan orang melayu, dalam masa sama gerombolan dan kuncu kuncu kaut harta benda emas berlian untuk diri keluarga sanak saudara, penyokong masih dapat beras minyak masak, kain pelikat, wang sedikit demi menjaga ketuanan supaya tidak diganti diganggu sepenuhnya sepertimana penyimpan mohor besar juga, free loader yang konon menjagai rakyat jelata kah kah kah

    BalasPadam