Sabtu, 9 Mei 2020

MUHYIDDIN KENA KEPONG






MUHYIDDIN

TERDESAK

PARTI SENDIRI

TAK SOKONG 

Muhyiddin dalam situasi sukar

USUL undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, sama ada ia akan dibahaskan atau tidak pada sidang Dewan Rakyat, belum pernah berlaku sebelum ini, kata penganalisis politik.

Buat pertama kali seorang ahli Parlimen mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri dari partinya sendiri.

“Undi percaya pertama kali diusul di Dewan Rakyat adalah terhadap perdana menteri ketiga, Hussein Onn, pada 9176,” kata penyelidik di Jeffrey Sachs Centre of Sustainable Development, Wong Chin Huat.

Sebelas hari selepas dilantik jadi perdana menteri berikutan kematian Abdul Razak Hussein akibat barah pada 1976, Hussein Onn mengadakan sidang tergempar Parlimen untuk mendapatkan undi percaya terhadap kepemimpinannya.

Tetapi, usul undi tidak percaya oleh Dr Mahathir terhadap Muhyiddin yang juga presiden Bersatu membawa implikasi yang lebih besar, kata Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia.

“Usul ini mencetus persoalan tentang sokongan terhadap Muhyiddin dalam partinya sendiri, kerana usul bukan dari ahli biasa, tetapi pengerusi parti itu sendiri,” kata Mazlan.

“Agak dramatik sebenarnya.”

Menurutnya, tindakan Dr Mahathir dan dua Ahli Parlimen dari Warisan, Liew Vui Keong dan Mohd Shafie Apdal, “sudah diagak”.

“Mereka bukan sahaja mahu menguji sokongan Muhyiddin di Dewan Rakyat tetapi juga mahu tunjukkan bahawa Dr Mahathir adalah calon pilihan bagi perdana menteri, bukan Anwar Ibrahim,” pensyarah sains politik itu.

Jika usul Dr Mahathir ke atas Muhyiddin isyarat jelas perselisihan mereka, usul percaya terhadap bekas perdana menteri berusia 94 tahun itu menunjukkan sokongan Warisan lebih condong kepada siapa, kata Mazlan.

“Beliau mahu semua orang tahu, termasuk Pakatan Harapan, bahawa partinya menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan bukannya Anwar.”

Usul Liew untuk mengekalkan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof adalah satu lagi isyarat Dr Mahathir kepada rakyat, tambah Mazlan.

“Ariff selama ini bersikap adil dan walaupun terdapat desas-desus Perikatan Nasional (PN) mahu menggantikannya, Dr Mahathir telah mencabar kerajaan.

Ariff menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, dan menolak dua usul Warisan iaitu beliau kekal sebagai speaker sehingga akhir penggal Parlimen ke-14 dan usul percaya terhadap Dr Mahathir.

Situasi sukar buat Muhyiddin

Bekas senator Khairul Azwan Harun mempersoalkan mengapa usul undi tidak percaya Muhyiddin ketika negara sedang berdepan dengan krisis Covid-19.

“Walaupun ia meang dijangka, ia jelas menunjukkan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan berbohong tentang mengutamakan kepentingan rakyat ketika wabak Covid-19,” kata pengasas Cent-GPS dan bekas naib ketua Pemuda Umno itu.

“Mereka sepatutnya tunggu krisis Covid ini selesai sebelum balik semula kepada isu politik.”

Mazlan dan Wong percaya usul itu akan meningkatkan lagi kemungkinan berlaku usaha menarik sokongan dalam tempoh 10 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang.

“Muhyiddin kini tersepit. Kalau gagal (dapat sokongan majoriti), beliau sama ada perlu letak jawatan atau bubar Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baharu diadakan. Tetapi partinya, Bersatu, tidak boleh menang dalam pilihan raya baharu,” katanya. – 9 Mei, 2020.

BETUL KE

HIGH NOON

AKAN BERLAKU

ATAU INI

HANYA TEATER

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan