PERLIS HEBAT
INI BARU BETUL
MB JAGA RAKYAT
JANGAN SEKALI
LAGI KENA PAU
OLEH BENGALI
Individu masuk ke Perlis wajib dikuarantin 14 hari, kata MB
SEMUA individu yang memasuki Perlis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin, kata Menteri Besar Azlan Man.
Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri Zon Hijau.
“Arahan ini bukan hanya untuk individu yang datang dari Zon Merah sebaliknya untuk semua individu tidak kira sama ada mereka datang dari Zon Hijau seperti Pulau Pinang sekalipun.
“Ia tidak terkecuali kepada sesiapa pun sama ada datang dari luar negara (negara jiran) ataupun dari negeri lain wajib kuarantin seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan bagi membendung Covid-19,” katanya kepada pemberita hari ini.
Azlan berkata sehingga hari ini, sejumlah 116 orang masih dikuarantin di tiga pusat kuarantin di Perlis dengan 49 ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian, 43 di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan bakinya di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kangar.
Sementara itu, ditanya mengenai operasi premis makanan di Perlis sepanjang PKPB, Azlan berkata waktunya dilanjutkan sehingga 10 malam berbanding dari 8 pagi hingga 8 malam sebelum ini.
Katanya orang ramai dibenarkan makan di kedai namun pemilik premis perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil jika gagal berbuat demikian.
Mengulas aktiviti sukan dan rekreasi, beliau berkata orang ramai hanya dibenarkan melakukan aktiviti joging di Trek Denai Larian, Pengkalan Assam, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Taman Bukit Lagi. – Bernama, 5 Mei, 2020.
NEGERI KECIL
SENANG KAWAL
LEMBAH PANTAI
LEBIH RAMAI
PENDUDUK
DARI PERLIS
KAH KAH KAH
Menteri Besar Bangang
BalasPadam