Jumaat, 8 Mei 2020

PUASA KE 15 - KHALWAT KE 52





BERPUASA

BEKHALWAT
JUMAAT 8/5/2020
KITA DAH MASUK 
HARI KE 15 PUASA
HARI KE 52 BERKHALWAT

PAGI INI JAM 7.26
BILA GUA BUKA PINTU KECIL
NAK MASUK KWANTUNG
GUA DISAMBUT 
OLEH KOKOK AYAM
AMAT DEKAT KOKOKNYA
TERASA MACAM DI KAMPONG 
MENDAYU DAYU
SI JANTAN BERKOKOK

WOW
KUALA LUMPUR PAGI INI
MASIH DISELUBUNGI KABUS
HUJAN PETANG KELMARIN
SUASANA REDUP 
MATAHARI MASIH TERSOROK

BERSELISEH DENGAN
MAT JOGGER DARI BRICKFEILD
MAMAT NI DATANG AWAL

PEKERJA KWANTUNG
TIDAK KELIHATAN
SEMUA MASIH PKP

OKESTRA UNGGAS SIBUK
PALING RANCAK 
BALAM MERBOK TERKUKUR
MEREKA INI
PERMAIAN UTAMA
DI KWANTUNG
JAUH SAYU GAK GAK GAK

ADUH 
PAGI INI ENTAH DARI MANA
MUNCUL TIKATIBAU
TRERUS BERLAGU
GUA RASA TAKTIBAU
BARU  JADI ANGGOTA  OKESTRA


CHEEP CHEEP CHEEP
DALAM BELUKAR
PIT PIT PIT
DALAM BELUKAR
MERBAH BISING
TIONG BISING

DARI JAUH
GUA TERDENGAR
RAJA UDANG
TERBANG DAN BERLAGU
INI WATAK RAJA UDANG
AKAN BERLAGU 
KETIKA TERBANG

DERAM KERETA
ARAH PLUS SUNGAI BESI
ADA TAPI TAK GILA
DARI BRICKFEILD KL SENTRAL
MENDERAM LEMAH

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan