Ahad, 10 Mei 2020

PUASA KE 17 - KHALWAT KE 54







BERPUASA

BERKHALWAT
AHAD 10/5/2020
KITA DAH MASUK
HARI KE 17 BERPUASA
HARI KE 54 BERKHALWAT

PAGI INI DIBUKA SAJA
PINTU KWANTUNG 
DARI
ATAS POKOK TINGGI
TERDENGAR LAUNGAN KUAT
CHEEEWWWWET
INI ANGGOTA BARU
TAK TAHU APA NAMA DIA

SI JANTAN HILANG PAGI INI
TAK TAHU KENAPA
MUNGKIN MALAM 
TADI BERPESTA
PAGI INI LEWAT BANGUN

KWANTUNG SUNYI
HANYA OKESTRA TERDENGAR
DERAMAN  MOBIL ELEK
MUNGKIN KERANA AHAD
TAK ADA SAPA BEKERJA

PAGI INI IALAH
HARI MERBOK TERKUKUR BALAM
DARI BUKIT DARI GAUNG
MEREKA MEMETIK SUARA
BALAS BERBALAS

MATAHARI DAH KELUAR
BALAM MERMOK  TERKUKUR
AMAT SUKA BERPANAS
LAGI PANAS
LAGI MEREKA BERTANDAK

TERDENGAR JAUH 
DARI ATAS BUKIT
SUARA ORANG BEKERJA
KEMUDIAN TERDENGAR
BUNYI SABIT
PASTILAH RUMPUT
 SEDANG DIKETAM

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan