Isnin, 11 Mei 2020

PUASA KE 18 - KHALWAT KE 55






BERPUASA

BERKHALWAT
SENIN 11/5/2020
KITA BERPUASA
 MASUK KE HARI 18
KITA BERKHALWAT 
MASUK HARI KE 55

PAGI INI JAM 7.16
DARI PINTU KECIL KWANTUNG
SUDAH KEDENGARAN
DERAMAN KERETA ARAH
PLUS SUNGAI BESI
 TERDENGAR INJIN TURBO
YANG AGAK KUAT
DAN 
REMPITAN MOTOSIKAL

TAPI
OKESTRA UNGGAS
TETAP BERSIMPONI
DARI ARAH ISTANA LAMA
SAYU SAYU JANTAN BERKOKOK
GAK GAK GAK
BERLAGU SEORANG 
MACAM KEHILANGAN KEKASIH

BALAM TERKUKUR MERBOK
PALING SIBUK BERLAGU
BALAS BERBALAS

DIUDARA 
SATU KUMPUALN SERINDIT
MELINTAS TERBANG
SAMBIL BERLAGU

DARI JAUH 
SEPASANG RAJA UDANG
SAMBIL TERBANG 
SAMBIL BERSIOL

MATAHARI DAH KELUAR
TAPI KUALA LUMPUR
MASIH REDUP

PAGI INI UNTUK
PERTAMA KALI
TERSEREMPAK DENGAN
PAK LEBAI a.k.a PIPIT UBAN
PAK PANDIR ANGGAP 
BURUNG BERKETAYAP PUTEH
 INI PAK LEBAI

PAK LEBAI INI
MEMANG RAMAI 
DALAM KWANTUNG
BIJI BIJI RUMPUT SASARAN
PARA LEBAI INI

SUDAH DUA BULAN
RUMPUT TAK DIPOTONG
PENUH DENGAN BIJIRIN
MAKA PAGI INI
PAK LEBAI BERKENDURI

KEMUDIAN
DERAMAN SENYAP
MUNGKIN ADA ROAD BLOCK
DARI ARAH KL SENTRAL
TERDENGAR BUNYI KERETAPI

TAK ADA SESIAPA 
PAGI INI DI KWANTUNG
KECUALI KAMI BERTIGA

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT





BURUNG YANG DIANGGAP LEBAI
OLEH P
18INI SENTIMEN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan