Isnin, 18 Mei 2020

PUASA KE 25 - KHALWAT KE 62




BERPUASA

BERKHALWAT 

PAGI SENIN 18/5/2020
PUASA KE 25
KHALWAT KE 52

SENIN INI KALI PERTAMA
KERAJAAN MUHIDDIN
MENGADAKAN SIDANG PARLIMEN
TAKDA APA APA AKAN BERLAKU
AGONG BERUCAP
KEMUDIAN TANGGUH

PAGI INI 
MASUK KWANTUNG 7.27
CERIA CERIA IDAH
MATAHARI DAH KELUAR
CELAH CELAH RUMPUT
BERSINAR INTAN BERLIAN KACA
RENYAI PETANG KELMARIN

TUK TUK TUK
BURUNG TUKANG
GAK GAK GAK
JAUH MENDAYU
PREET PEET PREET
CHIP CHIL CHIP
SEMUA BERLAKU
AH ! 
INDAHNYA HIDUP INI
DENGAN OKESTRA BURUNG

DARI BUKIT YANG AMAT JAUH
JANTAN BERSUARA
MACAM DARI KAMPONG SEBELAH
MELINTAS RAJA UDANG
BUNYINYA  JELAS
BALAM MERBUK TERKUKUR
TAK PUTUS PUTUS BERLAGU

TEMPUA 
SEDANG BERGOTONG ROYONG
TAPI HAIRAN
BIASANYA TEMPUA AKAN
BUAT RUMAH BERKUMPULAN
DI KWANTUNG HANYA 
SEBUTIR BANGLO
YANG MASIH HIJAU
APAKAH INI TIM PENYULUH
DIHANTAR AWAL
SEBELUM YANG LAIN DATANG

BESELISEH DENGAN
MAT JOGGER
TAK TAK DAN EZI 
TAK AMBIL POT

KALI PERTAMA 
SATELAH DUA BULAN
BERSELISEH 
DENGAN PENYABIT MUDA
DIA MENGUCAP
'GOOD MORNING'
DARI ATAS MOTOSIKAL
SOSOK INI MUKA REGULAR
DI KWANTUNG

HARI INI GUA RASA PANAS
ATAU MACAM KELMARIN
PETANG RENYAI SAMPAI

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan