Khamis, 21 Mei 2020

PUASA KE 28 - KHALWAT KE 65






BERPUASA

BERKHALWAT
KHAMIS 21/5/2020
BERPUASA KE 28
BERKHALWAT  KE 65
MASIH DITAHAP PKPB
RENGANG TAPI WAS WAS

PAGI INI JAM 7.23
DIKWANTUNG MATAHARI
MASIH SEGAN KELUAR
MACAM ANAK DARA
BARU LEPAS MANDI
BERSELIMUT AWAN

SUASANA TAK CERIA
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
MEREDUP SUASANA

TERDENGAR SIREN
KERETA POLIS
ARAH KL SENTRAL
BUNYI YANG KUAT

HANYA 
GAK GAK GAK
YANG  MENYANYI KUAT
BALAM TERKUKUR MERBOK
HILANG ENTAH KEMANA

TEMPUA PUN TIDAK KELIHATAN
BANGLO YANG DIBINA
TAK ADA PEKERJA

HARI INI KWANTUNG
AGAK SIBUK
DUA PEMBASIKAL LALU
' YOUR DOG IS WELL FED'
BILA DIA MENOLEH KE ARAH TAK TAK
 YANG ROSMAH

EZI HILANG 
KE ATAS BUKIT

PACUAN  EMPAT RODA  MELINTAS
SEBUAH VAN MELINTAS
WOW
DAH MACAM BIASA
TAPI
 PEKERJA TIDAK KELIHANTAN
KUBUR TIDAK DIBERSIH

DARI JAUH 
GUA DENGAN SALAKAN GARANG
GUA TERNAMPAK
EZI SEDANG DIKEJAR
OLEH TIGA WARGA KWANTUNG
BIASANYA
MEREKA BERDUA BUAT KACAU
KINI KERANA EZI SENDIRIAN
WARGA KWANTUNG BALAS DENDAM
DARI BELAKANG GUA
 TAK TAK MENGEJAR
TIGA EKOR SEDANG
 MEMBURU EZI
DI JALAN RAYA
TAK TAK MENGEJAR
DATANG MEMBANTU
BILA TAK TAK SAMPAI
TIGA EKOR WARGA KWANTUNG
BERCAWAT EKOR
LARI KE ATAS BUKIT

ADUH
INDAHNYA HIDUP INI
TAPI RAMAI TAK SEDAR
BAHAWA HIDUP INI
 SATU PERJALANAN

KETIKA BERJALAN
KITA TAK PERLU MEMBAWA
BANYAK BARANG
TAK PERLU MENGUMPUL
BANYAK BARANG

HIDUP INI SAPERTI
MENUNGU SEMENTARA
DI STESEN BAS
LEBIH RINGAN
TAK BANYAK BEG DAN KERPAI
LEBIH ENAK PERJALANAN

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT

L DARI TAMAN SEPUTEL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan