BERPUASA
BERKHALWAT
JUMAAT 22/5/2020
PUASA MASUK KE 29
KHALWAT MASUK KE 66
GUA MASUK KWANTUNG
JAM 7.33 PAGI
BASAH DAN REDUP
MATAHARI DAH TINGGI
TAPI DISELINDUNGI AWAN
HUJAN PETANG KELMARIN LEBAT
TERASA UDARA SEGAR
DERAMAN KERETA
DARI KL SENTRAL
TAPI TAK KUAT
DARI PLUS SUNGAI BESI
TAK KEDENGARAN
GAK GAK GAK
MELINTAS DI UDARA
RAJA UDANG MELINTAS
SAMBIL BERLAGU
TERKUKUR BALAM MERBOK
TERUS BERLAGU
PIT PIT PIT
BERTERBANGAN
TIONG BERSUARA KASAR
GUA PERHATIKAN
BUNGLO TEMPUA
TAK ADA PEKERJA
APAKAH ADA PKP JUGA
HINGGA TAKDA BURUH
RUMPUT KUBURAN MAKIN TINGGI
ERTINYA BANYAK MAKANAN
LEPAS RAYA
KALAU TAK HUJAN
BIJI BIJI RUMPUT RAMPAI
AKAN MASAK
SEDIA UNTUK DI RAGUT
INILAH MASA
SEMUA UNGGAS
KENDURI KENDARA
GUA NAMPAK
PAK CIK SABIT
SEDANG MEMBERSIHKAN KUBUR
KAPCHAI NYA DITEPI JALAN
HANYA DIA SAORANG BEKERJA
GUA RAMAL HARI INI
PANAS DAN REDUP
PETANG AKAN HUJAN
INI HUJAN TIUPAN ANGIN
DARI TELOK BENGAL
RIBUT TAUFAN
YANG AMAT KUAT
EKORNYA
SAMPAI KE TANAH MELAYU
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan