HENTIKAN
MENGGUNA
TENAGA KERJA
PENDATANG
HARAM
PAKAI TENAGA
TEMPATAN
BAYAR UPAH
BERPATUTAN
Pasar Borong KL perlu 2 bulan untuk kembali pulih selepas PKPD
SEKURANG-KURANGNYA dua bulan diperlukan sebelum kapasiti operasi Pasar Borong KL di Selayang kembali pulih walaupun selepas perintah kawalan pergerakan diperketat di kawasan itu dibatalkan, kata peniaga.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight yang terdapat masalah serius kekurangan pekerja pasar itu dan hanya 50% peniaga sayur dan makanan laut di situ beroperasi bagi memastikan bekalan makanan tidak terganggu.
Sebelum pasar itu diletakkan di bawah PKPD, majoriti pekerja di situ adalah warga asing yang kini dilarang memasuki kawasan pasar kerana risiko jangkitan dan ketiadaan permit kerja.
Peniaga pula enggan mengupah pekerja tempatan kerana mereka perlu menanggung kos ujian Covid-19 untuk setiap pekerja.
Sing Kian Hock yang merupakan presiden Persatuan Pemborong Ikan Kuala Lumpur Hoi Seng berkata pada awal pagi semalam iaitu hari pertama perintah kawalan pergerakan dilonggarkan dikuatkuasa, hampir 50 pemborong ikan membuka kedai masing-masing.
“Ada pemilik gerai meminta tolong orang tempatan, saudara mara atau kawan. Bagaimanapun, tenaga kerja masih tak cukup. Sebelum ini, kita ada 800 pekerja asing bekerja di sini,” kata Sing.
Terdapat 168 kedai makanan laut dan 320 kedai pemborong ikan di situ.
Sing berkata beberapa pemborong ikan memutuskan tidak beroperasi kerana kekurangan pekerja, jualan rendah dan kekurangan kedatangan peniaga pasar kecil lain untuk membeli barangan di situ.
Katanya lagi, kes peniaga pasar lain yang dijangkiti Covid-19 di Pasar Borong KL juga menyebabkan wujud kebimbangan.
“Ada peniaga yang takut ke mari untuk beli barang kerana takut dijangkiti yang kemudiannya menjangkiti pula pelanggan mereka,” katanya.
“Lagipun sekarang sukar hendak menjangka sama ada harga akan terus turun kerana kurangnya permintaan dan bekalan makanan laut.
“Tetapi ramai pemilik kedai masih beroperasi bagi memastikan bekalan tidak terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur ketika bulan Ramadan. Makanan laut yang kami pesan dari nelayan juga kurang 50% berbanding biasa.”
Pasar borong itu juga kini berdepan masalah kekurangan antara 700 sehingga 800 pekerja dan memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk kembali kepada kapasiti penuhnya. – 5 Mei, 2020.
KOBID AJAR
UNTUK UBAH
CARA SUSUN
TENAGA KERJA
JANGAN IMPOT
BURUH ASING
KHALAS
Kalau lah ada P.Ramlee ..tentu film beliau berikutnye terselit dialog, ..Dah 25 tahun aku makan duit kopi dari Pendatang Haram ..kalau tukar pada Pekerje Tempatan aku nak MAKAN APA?
BalasPadamAplikasi formula Pendikar Sahamboi dlm filem Kanchan Tirana:
BalasPadamMisalnye di KL ada 2juta ekor Pendatang, katakang 1juta ekor bagi DUIT KOPI RM50 sebulang kepada 5OO ekor Pendekar Sahamboi ..maka setiap ekor Pendikar Sahamboi NERIMA RM1OO,OOO sebulan.
Betul lah kata Pendikar Sahamboi ..kalau Aku berhenti makan Duit Kopi, alamat tak makan lah aku.
Abe Nuar Muso kato ~ "peniaga jual lesen berdepan utk dihitamkan segala-galanya."
BalasPadamHati aku kato, abih la Bujal Botak yg jual lesen kat Abdol Tarek. Tapi bleh cayo ko? Den dulu ado dokek 10 kali tepon imigresen, diorg bg nmbr kes ajo. Ontok ajo seminggu duo tigo minggu takdo nmpk lori imigresen dtg pon. Den tepon laie, siap bg nmbr kes. Diorg siap suruh den lukih poto pudu, marking memano kodai bangla.. den buek jugak la. Tapi tggu smpi kucing bertandok pon Bujal Botak dan Abdul Tarek totap jadi bff. Lu tolong gua, gua tolong lu. Malayu punyo pangai la kato eh kan, gitu la.