UNDI PERCAYA
SEKALI LAGI
Ada usul uji majoriti sokongan Dr Mahatir di Dewan Rakyat
SATU usaha sedang dibuat untuk membuktikan bahawa Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai dukungan majoriti ahli Parlimen untuk sekali lagi dinamakan sebagai perdana menteri.
Ahli Parlimen Semporna Mohd Shafie Apdal telah menulis surat kepada speaker Dewan Rakyat memohon izin untuk mengemukakan usul sokongan kepada Dr Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi.
Usul itu meminta Dewan Rakyat, yang akan bersidang pada 18 Mei ini, membuat ketetapan bahawa Dr Mahathir mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat, sekali gus menjadi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Speaker Mohamad Ariff Md Yusof yang dihubungi The Malaysian Insight berkata satu kenyataan mengenai perkara ini akan dikeluarkan esok.
Surat bertarikh 1 Mei itu tersebar di media sosial hari ini, dan The Malaysian Insight juga sedang mendapatkan pengesahan daripada Shafie, yang juga ketua menteri Sabah dan presiden Parti Warisan Sabah.
Menurut Shafie dalam suratnya, usul berkenaan tidak bertentangan dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa melantik perdana menteri pada Yang di-Pertuan Agong.
Usul itu dikemukakan menurut peraturan mesyuarat yang mensyaratkan ia didahului dengan pemberitahuan kepada speaker Dewan Rakyat dalam tempoh tidak kurang 14 hari sebelum sidang.
Dewan Rakyat ditetapkan bersidang sehari pada 18 Mei ini untuk pembukaan sidang penggal ketiga Parlimen ke-14 tanpa sebarang soal jawab untuk menteri dan persidangan hanya bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong serta usul daripada kerajaan.
Sidang Dewan Rakyat itu adalah yang pertama sejak Muhyiddin mengetuai pentadbiran baharu Perikatan Nasional yang menggantikan Pakatan Harapan (PH), susulan langkah politik Bersatu bersama sebahagian ahli Parlimen PKR serta Umno dan PAS pada hujung Februari lalu.
Langkah politik itu bermula apabila Dr Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Februari, selepas Muhyiddin bertegas mahu membawa Bersatu keluar daripada PH.
Muhyiddin mengumumkan tindakan Bersatu keluar PH pada hari sama, tidak lama selepas Dr Mahathir disahkan menyerah surat letak jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pada hari yang sama, PKR memecat Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin. Sembilan ahli Parlimen PKR kemudian keluar parti menyokong Azmin dan Zuraida, menjadikan PH hilang majoriti.
Episod itu berlarutan selama seminggu, yang menyaksikan Yang di-Pertuan Agong menemubual seorang demi seorang ahli Parlimen.
PH kemudian setuju menamakan Dr Mahathir sekali lagi sebagai perdana menteri. Namun pada masa itu, Muhyiddin sudah mendapat sokongan yang diperlukan daripada Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa ahli Parlimen Bersatu yang bersamanya dan parti-parti dari Sabah.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac.
Pada pagi itu, sebelum majlis berlangsung di Istana Negara, Dr Mahathir mengadakan satu sidang media memberitahu bahawa beliau tidak mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menunjukkan beliau sebenarnya ada sokongan majoriti. – 7 Mei, 2020.
BERLAKU KE
TAK BERLAKU
JADI KE
TAK JADI
SAJE TANYA
KERANA INI
HIGH NOON
SEKALI LAGI
Ini pasti high noon antara Madey dengan Muhiyideen. Tapi tak hairan jika ada budak tua buat kacau nanti. Dah lama budak tua meratip nak jadi pm.
BalasPadamAda ke org waras nak jadi PM9 pada umur 95 tahun? Aku pilih Hisham TT jadi Senator dan jadi dia PM 9, 10, 11 dll..sebab Hisham TT adalah kwn Wak Assmin & Wak Pagoh Kah kah kah..
BalasPadamTak boleh ke pamerkan result YDPA interview semua MP?
BalasPadamBagus la..time2 Negara tgh serabut pasal covid 19..mangkok ayon ni sibuk pasal politik lg..rakyat tgh susah mangkok ayon ni Nikon Susah lg..mmg haramjad la org2 politik ni
BalasPadam