Selasa, 12 Mei 2020

WARGA ASING LANGKAH BIJAK









JANGAN ADA

PILIH KASEH

SEMUA SAMA

1,211 warga asing positif Covid-19, kata Dr Noor Hisham

1,211 orang daripada 25,156 warga asing yang disaring Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 495 orang masih menerima rawatan di hospital.

“Buat masa sekarang ada tiga kes di unit rawatan rapi (ICU) dan empat kematian (warga asing).

“Daripada jumlah keseluruhan, 712 warga asing pulih daripada virus itu,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan kini sedang memantau 150 buah pasar di seluruh negara.

“Kami sudah mengenal pasti 29,850 orang dan menguji 25,260.

“Daripada jumlah itu, 247 diuji positif.”

Katanya, tidak ada kes baharu dikesan di utara Kuala Lumpur dan Pasar Borong KL di Selayang.

“Kawasan itu ada 197 kes positif dengan 83 kes berada di luar kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat.

“Di Selayang Baru juga tidak ada kes baharu di mana jumlah kes positif kekal 52 melibatkan 36 warga asing.”

Manakala di Pasar Jalan Othman pula, katanya, jumlah kes masih lagi 27. – 12 Mei, 2020.

KARONA 

TAK KENAL

WARGA ATAU

PENDATANG

KITA  WAJIB

IKUT KARONA

TAK PILIH PILIH
AMIN

1 ulasan:

  1. Den dah berbirat tangan naip kek kkm, mkn - den koba serobu pudu. Apo susah bonar nak tgk catatan den tu. Hahhh.. arini ado bangla positif kobid dah, baru kkm dtg bwk ambulan.. bwk bas. Aiyooooo.. paghahhhh camgini la. Den nak gak caghi duit ghayo woihhhh.. tak balik kampung pun kono gak boli daging, ayam, tulang buek ghobusan.

    BalasPadam