Rabu, 27 Mei 2020

WUJUDKAN PARTI BARU





JALAN TERBAIK

WUJUD PARTI

BARU


Bersatu patut bubar, ahli cari parti lain

DR Maszlee Malik pernah menzahirkan kegusaran akan nasib Bersatu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Besar kemungkinan Bersatu tidak akan mempunyai masa depan yang cerah termasuklah bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kawasan majoriti Melayu apatah lagi berpeluang untuk mentadbir mana-mana negeri jika terus bersama Umno dan PAS. 

Agak sukar bagi Bersatu meneruskan survival politiknya, jika diukur bersama Umno dan PAS dari segi kekuatan ahli akar umbi, kekuatan jentera, sokongan pengundi dan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan orang Melayu. 

Pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk Bersatu bersaing atau menggantikan Umno sebagai parti terbesar orang Melayu kerana walaupun Umno tewas PRU14, ahli parti masih tidak berganjak dan kekal setia bersama Umno 

Apa pilihan yang ada pada Bersatu dan ahlinya? 

Bersatu wajar dibubarkan dan ahli-ahlinya perlu mencari parti yang lebih stabil dan relevan dalam kelangsungan politik negara.

Sehingga ke hari ini, satu demi satu pengasas parti sudah mula sangsi dan meninggalkan Bersatu. 

Bersatu yang diasaskan kerana kepentingan peribadi dan menjadi longgokan pemimpin yang melompat sudah terbukti bukan parti yang mempunyai wibawa dan masa depan politik. 

Dengan perpecahan dalaman yang tidak boleh disembunyikan lagi antara kem Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, Bersatu ibarat bom jangka. 

Hanya menang 13 kerusi berbanding Umno 54 kerusi pada PRU14, Bersatu bukan parti ‘favourite’ orang Melayu. Malah masih tersasar dari realiti mahu menjadi parti orang Melayu untuk menggantikan Umno. 

Ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ahli Umno tidak berganjak masuk Bersatu kecuali beberapa pemimpin ‘katak’ sahaja.

Ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri, ahli Umno masih kekal setia bersama Umno. 

Seharusnya ini isyarat yang perlu difahami oleh Muhyiddin. Orang Melayu tidak yakin dan hanya mengundi Bersatu-PH kerana sentimen dan persepsi semata-mata sahaja ketika itu. 

Persefahaman dan kerjasama oleh Umno-PAS kepada Muhyiddin dalam agenda menyelamatkan negara melalui Perikatan Nasional membuktikan kedua-dua parti ini berjiwa besar dan tidak berdendam dengan beliau. 

Muhyiddin tidak pernah meletak jawatan atau meninggalkan Umno. Beliau hanya dipecat ketika krisis politik pada ketika itu.

Tidak mustahil untuk ahli Umno membuka pintu perdamaian dan menerima semula Muhyiddin, sepertimana Umno dan PAS berdamai. 

Dan jika Umno merasakan Muhyiddin individu yang layak untuk menerajui tampuk pemerintahan negara, beliau boleh dipertimbangkan sebagai calon perdana menteri dari Umno untuk Barisan Nasional dan Muafakat Nasional pada PRU15. 

Contohi Semangat 46 dan kembali kepada Umno. Pilihan di tangan Muhyiddin, Bersatu dan ahlinya. – 27 Mei, 2020.     

* Fikri Allaudin, Persatuan Pemikir Muda Johor


PARTI MASA

DEPAN UNTUK

ANAK SEMUA

BANGSA

AMIN

5 ulasan:

  1. Parti Cap Bunga Taik Ayam...

    BalasPadam
  2. Bubar aja tak padan tapi tanam terus.

    BalasPadam
  3. Cuma perlu sepak teranjang satu dua orang hingga 10 ke 20 orang sahaja pengkianat parti dan pengkianat mandat rakyat..tidak perlupun bubar janji Tun tetap Pengerusi.,sbb punca bukan dari Tun.

    BalasPadam