Rabu, 24 Jun 2020

ABANG JO TAK LAYAN ANWAR






CISS 

DERHAKA KAMU

ABANG JO

KENAPA


KAMU TAK LAYAN

PEMIMPIN ISLAM

YANG SELALU

BACA KUTUBAH

YANG WARAK

YANG SYUMUL

LAGI SUCI

KAH KAH KAH
  

Rakyat lebih penting dari kuasa, kata KM Sarawak

KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata beliau enggan terjebak dalam permainan politik selepas menolak untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim selasa lepas.

Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata keutamaannya adalah rakyat dan bukan jawatan perdana menteri. 

“Politik…lupakan dulu. Rakyat lebih penting daripada mahu menjadi perdana menteri,” kata Abang Johari ketika disoal mengenai cubaan Anwar untuk bertemu dengannya. 

Selepas Majlis Pecah Tanah ‘Integrated Administration Centre (IAC) di Sarikei hari ini, jawapan awalnya untuk soalan yang diajukan oleh wartawan adalah: “Saya tidak tahu”.

Tambahnya beliau datang ke Rajang untuk projek itu dan bukan berpolitik.

Anwar ke Kuching menaiki jet peribadi yang disewa khas untuk bertemu dengan Abang Johari namun Ketua Menteri Sarawak itu enggan bertemunya.

Menurut beberapa sumber, presiden PKR itu berharap dapat bertemu dengan presiden GPS dengan harapan mendapatkan sokongan untuk menjadi perdana menteri kesembilan.

GPS menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.

GPS bersama 17 ahli Parlimennya adalah blok ketiga terbesar di Parlimen dan sokongan mereka sangat penting bagi sesiapa sahaja yang ingin menjadi perdana menteri.

Anwar dilaporkan sudah mendapat sokongan 96 ahli Parlimen dan akan menjadi perdana menteri seterusnya dengan sokongan GPS.

Satu sumber berkata percubaan Anwar untuk bertemu Abang Johari sebagai “lemparan dadu terakhir”. – 23 Jun, 2020.


UMAT ISLAM 

SEMUA GUMBIRA

ANWAR DAH

ADA JET SENDIRI

INI BETUL CARA

PEMIMPIN ISLAM

TAK BOLEH NAIK

KAPAL TERBANG

BIASA

TAKUT BATAL

AIR SEMBAHYANG

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan