Selasa, 23 Jun 2020

AL-FATIHAH





AL-FATIHAH


Subky Latif meninggal dunia


Subky bekas wartawan Kumpulan Utusan Melayu, akhbar yang disertainya pada awal 1960-an.

Beliau juga antara pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah, yang terbit pada hujung 1970-an.

Dalam bidang penulisan, Subky diingati kerana kupasannya mengenai politik di Harakah. Ruangannya dulu dikenali dengan nama Dari Mana Nak Ke Mana sebelum ditukar kepada Min Aina Ila Aina, dan kemudian ditukar lagi menjadi Mens Sana In Corpore Sano.

Subky merakamkan pengalaman dalam politik dan kewartawanan dalam autobigrafi Anak Apak yang terbit pada 2011.

Subky pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada bekas perdana menteri kedua Malaysia, Abdul Razak Hussein.

1 ulasan: