APA BERLAKU
SEKARANG TAK
PATUT BERLAKU
SEMUA KERANA
KENA TIPU
I GOT DE NUMBO
KOMENTAR
SATU PENGAJARN
YANG aMAT MAHAL
RAKYAT WAJIB BAYAR
DIPAKSA MEMBAYAR
KINI GEROMBOLAN
PENYAMUN KLEPTOKRASI
DATANG KEMBALI
INI BERLAKU KERANA
DAP DAN AMANAH
KERANA PERCAYA CAKAP
ANWAR IBRAHIM
YANG KLIM DIA ADA
JUMLAH YANG BESAR
UNTUK TUBUH KERAJAAN
SATU KESILAPAN SAPERTI INI
JAWABNYA
MEMBAWA KERUGIAN
MEMBAWA MUDARAT
KEPADA SATU GENERASI
AWAS
SOSOK PAKAI JUBAH
SOSOK BACA KHUTUBAH
SOSOK KELUAR AYAT SUCI
SOSOK KELUAR HADIS
SOSOK RUJUK
ULAMAK INI
ULAMAK ITU
APA YANG BERLAKU
SEMENJAK DUA TAHUN INI
ADALAH
SATU PENGAJARAN
UNTUK SEMUA RAKYAT
ANAK SEMUA BANGSA
BANGSA SEMUA AGAMA
WASPADA
AMIN
Ambil alih kuasa, keutamaan Pakatan pada masa ini
SEBAGAI salah seorang pendukung Pakatan Harapan, kemelut ‘siapa calon PM’ mutakhir ini menyesakkan saya. Sedih melihat PH tidak kemana-mana dalam krisis politik pasca ‘Sheraton’.
Kami yang bergerak sebagai Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR, Amanah, DAP dan Bersatu pernah bertungkus-lumus untuk menjatuhkan Umno/BN dalam PRU-14.
Meskipun ada sesetengah orang melihat PH lawan BN dalam PRU14 adalah soal perebutan kuasa, saya melihat ia lebih dari itu. Kemenangan PH bagi saya bermakna permulaan baru untuk meletak semula hala tuju kepimpinan negara ke landasan ekonomi dan sosial yang betul.
Ia juga bermakna menjunjung semula suara rakyat dalam konteks demokrasi setelah sekian lama ia ditempangkan dan diratah oleh pemimpin-pemimpin terdahulu sejak 60 tahun lalu.
Dalam kemelut politik, ada rakan-rakan berpendapat bahawa PH usah terburu-buru dalam mengambil alih semula Putrajaya. Tetapi barang harus diingat, kemenangan PH adalah atas mandat rakyat.
Saya fikir PH tidak boleh merelakan rampasan kuasa yang berlaku sejak Februari lalu dibiarkan begitu sahaja. PH harus mengambil alih semula kuasa yang telah diberikan oleh rakyat demi kebaikan umum.
Kuasa yang digunakan dengan baik akan membantu rakyat, sebaliknya salah guna kuasa menganiaya rakyat. Polisi PH perlu diteruskan. Ambil alih amanah kuasa yang telah diberikan oleh rakyat merupakan suatu perkara keutamaan PH pada masa ini.
Sekiranya ada isu yang mengganggu fokus PH, ia harus diselesaikan segera bagi merealisasikan keutamaan ini.
Barangkali ada yang mengemukakan pelbagai hujah yang menyebabkan proses PH mengambil alih kuasa tertangguh atau tersekat-sekat. Contohnya seperti timbang tara nama calon perdana menteri.
Namun saya fikir ia tidak boleh mengheret masa kita untuk mengambil alih kuasa.
Jika satu ketika dahulu kita pernah berhujah bahawa ke’gila’an PH menguasai Putrajaya adalah untuk mengambil kuasa dari orang ‘gila’ yang memimpin Malaysia, saya fikir pada kali ini adalah lebih merbahaya.
Setelah rakyat menolak pemimpin kleptokrat dalam PRU lalu, kini dibawah kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) kita saksikan parti serta para pemimpin yang korup dan telah ditolak oleh rakyat kembali ke tampuk kuasa.
Adakah anda fikir para kleptokrat ini akan ‘buat bodoh’ sahaja selepas mereka diberikan nyawa semula terutamanya melalui pembahagian jawatan-jawatan GLC oleh kerajaan PN? Saya tidak fikir begitu.
Mereka akan kembali dengan lebih buas dan garang lagi. Lihat sahaja bagaimana individu yang dilihat sebagai ‘jerung’ terlepas satu demi satu dalam masa kurang 6 bulan kerajaan PN di tampuk kuasa dan berkongsi kuasa dengan parti mereka.
Dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar pasca Covid-19, sekian banyaknya rakyat yang bakal kehilangan kerja, ditambah kedudukan politik PN dan partinya yang tidak stabil, jerung-jerung ini bakal bertindak lebih ganas lagi.
Maaf cakap, dengan ura-ura kemungkinan berlaku pilihan raya dalam masa terdekat, saya tidak fikir ia sebagai satu pilihan terbaik.
Bagi mereka yang melihat aspek kesan ekonomi lebih-lebih lagi pada saat kita masih ‘berperang’ dengan pendemik Covid-19, pilihan raya bukanlah jalan terbaik. Silap-silap haribulan, belum sehari kita mula berkempen, jangkitan Covid-19 mengganas kembali.
Satu sudut lain, apakah jaminan kerajaan yang dijolok dengan gelaran ‘tebuk atap’ ini tidak memanipulasi semahu-mahunya untuk mengekalkan kuasa mereka? Bagi saya prediksi ini adalah yang paling mengerikan.
Sebab itu bagi saya, usaha untuk mengambil alih kuasa adalah keutamaan atau ‘aulawiyat’ yang perlu menjadi keutamaan PH dan mesti disegerakan pada masa ini.
Segala isu-isu berbangkit perlu ditangani segera bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar yang bakal menimpa rakyat dan negara tatkala kleptokrat mula bertapak semula di tampuk kuasa.
Maaf cakap, kita tak boleh berlengah lagi. Kerana masa berbaki yang tinggal buat kita adalah ‘tidak ada masa’! – 20 Jun, 2020.
Tulisan Yb Sheikh Omar
Tulisan Yb Sheikh Omar
NASI DAH
JADI KERAK
KAH KAH KAH
Anak Melayu, Anak Cina, Anak India
BalasPadamAnak Iban, Anak Kadazan saya ULANG!!
i have the number.. kahkahkah
Bam Non ade number ape tu?
Setuju sangat
BalasPadam