MADEY
KELUARKAN
FAKTA TEPAT
TENTANG
PEMIMPIN ISLAM
WAL TAMATUN
ALFINIRUN
AL KAPUTON
KUN KUN KUN
Pakatan kalah jika Anwar jadi calon PM, kata Dr Mahathir
PENGUNDI tidak akan menyokong Pakatan Harapan jika gabungan pembangkang itu menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, kata Dr Mahatahir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata masalah Anwar bukanlah isu kepercayaan tetapi keupayaannya meraih sokongan rakyat.
“Walaupun Anwar dahulu sangat popular, sekarang dia hilang banyak sokongan.
“Saya percaya rakyat tidak akan menyokong usaha Pakatan Harapan kembali (ke Putrajaya) sekiranya dia (Anwar) adalah calon perdana menteri,” katanya kepada Asia Times dalam temubual disiarkan hari ini.
Dr Mahathir berkata ramai orang berpendapat beliau wajar kembali menjadi perdana menteri walaupun sebenarnya beliau tiada lagi hasrat untuk berbuat begitu.
“Saya tiada hasrat untuk kembali. Tiga kali agak melampau, sebenarnya.
“Tetapi, ada rayuan rakyat, mereka datang, mereka semua tanya (dan kata) ‘jika awak ada, kami akan sokong. Jika awak tiada, kami tidak akan sokong.’
“Jadi, saya perlu ambil kira pandangan mereka dengan serius kerana jika kami dalam pembangkang sekarang mahu menjatuhkan kerajaan semasa, kita perlukan majoriti. Ketika ini, kami tidak ada majoriti,” kata negarawan yang sudah berusia 94 tahun itu.
Dr Mahathir mengulas kemelut yang timbul apabila Anwar diusulkan sebagai calon perdana menteri PH untuk menghadapi pilihan raya.
Parti Anwar, PKR, enggan menerima Dr Mahathir lagi sebagai perdana menteri dan negarawan itu juga sudah tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar.
Parti komponen dan sekutu PH – DAP, Amanah dan Warisan – pula mahu Dr Mahathir mengetuai mereka sekali lagi untuk merampas Putrajaya semula. – 26 Jun, 2020.
INI FAKTA
ANWAR BOLEH
SETIAP KALI
PUTAR PADA
SEMUA ORANG
TAPI BUKAN
SEMUA ORANG
BOLEH KAMU
PUTAR
SETIAP KALI
AMIN
Mat Putar vs Mat Belit.
BalasPadam