Isnin, 22 Jun 2020

APA MAKNA BERITA SETIA PADA MADEY







SETIA PADA

MADEY  

MENGAPA 

SEKARANG ?

KOMENTAR
BERITA INI UNTUK GUA
AMAT BAIK
JUGA AMAT
MENGECEWAKAN
KERANA APA?

AWAL DULU 
SEBELUM UNDI PERTAMA
DUA LOBI
PEMIMPIN AMANAH UNTUK 
MENGUNDI MADEY

TAPI GUA DITUDUH
KARTEL
GUA DITUDUH MACAI AZMIN

SEKARANG TERBUKTI
GARIS YANG GUA CADANG
TEPAT DAN BETUL

SATU HAL GUA GUMBIRA
KERANA KEBENARAN
AKHIRNYA SAMPAI

TAPI GUA JUGA SEDIH KECEWA
PAKATAN HARAPAN 
RUNTUH

DALAM POLITIK
GARIS WAJIB TEPAT
WAJIB TAHU MEMBACA
KEADAAN
WAJIB CEKAP TAKTIK STRATIJI
JANGAN SESEKALI
DITIPU OLEH JUBAH
OLEH AYAT SUCI
OLEH IMAM
OLEH KHUTUBAH
OLEH UCAPAN BERAPI API

LAI LATUR KADAR 
DATANG SEKALI

Amanah ikrar setia pada Dr Mahathir, gesa Warisan turut serta

PARTI Amanah menyatakan ikrar untuk terus setia bersama Pakatan Harapan bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad dalam usaha mengambil alih Putrajaya sekali lagi.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam kenyataannya turut menggesa parti Warisan untuk turut serta dalam usaha itu yang menurutnya bertujuan mengambil alih mandat yang diberikan rakyat.

“Menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan bersama gabungan Dr Mahathir Mohamad dan pasukannya serta Warisan untuk terus berusaha mengambil balik mandat dan hak rakyat yang diberikan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum lalu.

“Ini adalah untuk meneruskan usaha mentadbir negara yang menjunjung keutuhan integriti, menjamin dan membentuk ekonomi mapan, menegakkan kerajaan berintegriti dan melawan rasuah serta mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa parti komponen untuk mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya mengejut.

Kenyataan itu muncul sewaktu sewaktu perhatian tertumpu ke atas pertembungan di antara PKR dan parti dalam PH yang masih belum sepakat menamakan calon perdana menteri.

PKR tetap berkeras agar presidennya Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon perdana menteri baharu namun menurut pemimpin PH, bekas timbalan perdana menteri itu tidak mendapat sokongan.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Pengarah Komunikasi Amanah semalam kemudiannya mendedahkan, pemimpin Warisan merupakan antara yang tidak menyokong pencalonan itu.

Menurut mereka, parti GPS juga tidak menyokong pencalonan itu, menyebabkan timbul alternatif untuk menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi dan Anwar sebagai timbalan.

Loke dan Khalid mendedahkan, perkara itu dipersetujui PKR semasa mesyuarat Majlis Presiden PH pada 30 Mei lalu.

Amanah dan DAP seterusnya berharap PKR kembali merujuk kepada keputusan mesyuarat tersebut dan menerima pilihan kedua yang dibincang dan dipersetujui bersama dalam Majlis Presiden PH.

Kenyataan itu timbul selepas PKR mengeluarkan kenyataan keras yang menegaskan pendirian parti itu agar Anwar dinamakan sebagai calon perdana menteri.

PKR juga menegaskan tidak menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri untuk tempoh enam bulan.

Penamaan calon perdana menteri itu bagi membolehkan PH membentu kerajaan sekiranya berjaya mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat atau sekiranya pilihan raya mengejut diadakan.  – 20 Jun, 2020.


APAKAH UDAH

TERLAMBAT

NASI DAH JADI

KERAK DAH BASI

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan