LANGKAH BIJAK
ORANG ASAL
BANGUN MELAWAN
Perak tangguh pembalakan di hutan Orang Asli, kata peguam
KERAJAAN negeri Perak menangguhkan sementara aktiviti pembalakan di kawasan Orang Asli di Hutan Simpan Air Chepam, di Hulu Perak sementara perbincangan lanjut mengenainya dibuat, kata peguam David Gurupatham.
Gurupatham yang mewakili penduduk Orang Asli Temiar di kawasan itu berkata pihaknya menerima notis penangguhan itu kelmarin, selepas mereka mengumumkan hasrat membawa isu itu ke mahkamah.
Beliau memberitahu The Malaysian Insight, pihaknya bagaimanapun akan meneruskan tindakan mahkamah memohon perisytiharan hak tanah adat Orang Asli walaupun kerja-kerja pembalakan yang bermula sejak minggu lalu dihentikan.
“Biarpun ada penangguhan kita tetap akan memfaikan satu deklarasi di mahkamah sivil untuk hak Orang Asli ke atas tanah nenek moyang mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Jelas beliau, pihaknya menerima notis penangguhan aktiviti pembalakan daripada Jabatan Perhutanan Perak selepas mereka bercadang membuat permohonan injunksi untuk melindungi sekatan yang dibuat oleh Orang Asli Temiar di hutan simpan itu dari dirobohkan.
“Dalam perbincangan dengan semua pihak (pada Rabu) Jabatan Perhutanan telah serahkan surat penangguhan aktiviti pembalakan,” tambahnya.
Sesalinan surat itu yang dilihat oleh The Malaysian Insight menyebut arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak pada Selasa.
Semasa di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengarahkan semua kegiatan pembalakan di kawasan itu dihentikan serta merta.
Ahmad Faizal sekali lagi menerajui kerajaan negeri selepas diambil alih oleh Perikatan Nasional melalui percaturan kerusi pada Mac lalu.
Minggu lalu, The Malaysian Insight melaporkan pembalak dari syarikat yang sama sebelum ini sudah kembali ke kawasan yang dipertikaikan statusnya itu, selepas pentadbiran negeri bertukar kerajaan itu.
Menurut Gurupatham, pihaknya mendapat arahan untuk memfailkan tindakan mahkamah berkenaan pada minggu ini.
Injunksi itu antara lain memohon perintah larangan ke atas pembalak daripada memasuki tanah berkenaan sehingga satu keputusan mengenai status pemilikannya ditentukan oleh mahkamah.
Pada pertengahan tahun lalu, Orang Asli Temiar di kawasan hutan simpan di Hulu Perak membuat sekatan dan bantahan selepas mendakwa pembalak menceroboh tanah adat seluar 42 hektar.
Enam penduduk Orang Asli Temiar ditahan untuk siasatan ketika itu. Seorang wartawan asing turut ditahan berasingan tetapi dilepaskan beberapa jam kemudian.
Jabatan Perhutanan Perak ketika itu berkata syarikat pembalakan berkenaan memiliki permit membalak manakala sekatan yang dibina oleh penduduk adalah di atas tanah milik Felda.
Dalam pada itu, Gurupatham berkata pihaknya juga bersedia memberikan khidmat guaman kepada tiga Orang Asli Temiar yang ditahan polis tahun lepas, sekiranya pihak berkuasa meneruskan tindakan jenayah terhadap mereka.
“Kes tiga orang Asli itu kes jenayah. Mereka ditahan dan dibawa ke mahkamah tetapi dilepaskan tanpa ada tindakan dan masih lagi dalam kes polis,” katanya. – 26 Jun, 2020.
HANYA SATU
JAWAPAN
BANGUN LAWAN
TANPA MELAWAN
KENA BULI
SEPANJANG HIDUP
KHALAS
tauke balak rasuah penguasa, rakyat asal duduk tepi jalan, menanti pembelaan, akan diberi beras minyak masak cap ayam, kah kah kah kalau nak tahu Malaysia maju atau tidak pergi tengok dengan Cameron Highlands, masih ada penempatan orang asal yang daif, masih lagi teruk berbanding juak juak UMNO yang cium tangan pemimpin, nak sesuatu kena cium bodek urut hisap, kah kah kah tanya geng geng yang berpusu pusu keliling pemimpin kah kah kah, Che det tak makan geng cium tangan tapi bossku suka tu yang kalah dulu, kena tipu dengan geng cium tangan, bukan setakat cium, sampai jilat jari pun ada kah kah kah amin syukuri nikmat dollar ringgit kah kah kah
BalasPadam