Ahad, 7 Jun 2020

BERITA BAIK







LEGA

Perjalanan rentas negeri dibenarkan bermula 10 Jun, kata PM

PERJALANAN rentas negeri dibenar semula 10 Jun apabila hampir semua sektor dibenarkan beroperasi apabila Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa, kata perdana menteri.

Muhyiddin Yassin berkata, PKPP berkuatkuasa sehingga 31 Ogos untuk memberi lebih banyak kelonggaran kepada rakyat dalam fasa pemulihan waktu ini.

“Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian.

“Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan,” katanya yang menegaskan kumpulan berisiko itu perlu dilindungi.

Bagaimanapun, kawalan akan diperketat semula sekiranya terdapat peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

“Kerajaan tidak teragak-agak akan kuatkuasa PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau mengumumkan, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

Bagaimanapun perniagaan pub, kelab malam, pusat urut, taman tema dan juga perarakan serta kenduri kendara dan rumah terbuka masih belum dibenarkan.

Sukan yang dibenarkan termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.

Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

Namun pertandingan sukan melibatkan perhimpunan penyokong ramai dan melibatkan sentuhan tidak dibenarkan seperti operasi kolam renang awam, ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.

Turut dibenarkan adalah lawatan ke muzium, busking di dalam kawasan tertutup, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.

Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang, kata Muhyiddin lagi.

Beliau juga umumkan khidmat gunting rambut dan salun, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, termasuk trak makanan dan gerai makan akan dibenarkan.

Sektor pelancongan domestik juga katanya dibenarkan kembali beroperasi.

“Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.

“Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu setelah hampir tiga bulan tidak ke mana-mana.

“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup,” kata Muhyiddin.

Katanya keputusan itu dibuat memandangkan Malaysia berjaya membendung Covid-19 dengan jumlah kes yang menunjukkan penurunan dan kadar jangkitan terkawal di kalangan rakyat tempatan.

Kes melibatkan pendatang asing pula ditangani dengan pantas petugas barisan hadapan dan berjaya dikekang dan keupayaan perubatan dan kesihatan awam di tahap baik dan meyakinkan.

“Ini menunjukkan Malaysia berjaya membendung penularan Covid-19 dengan berkesan dan kini sedang memasuki fasa pemulihan,” katanya lagi dalam ucapan disiarkan langsung petang ini.

Malaysia merekodkan 37 kes baharu semalam dan tiada sebarang kes aktif memerlukan bantuan pernafasan.

PKPP menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula 4 Mei dilanjutkan sehingga 9 Jun selepas empat tahap Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac ketika jumlah kes meningkat naik. – 7 Jun, 2020.

NAK BALIK

KAMPONG

JENG JENG JENG

1 ulasan:

  1. Satu soalan..da ma cai..sukan toto ngan magnum boleh buka tak 10 jun nnti..aku ada nombor baik lebih cun dari nombor abg nom...

    BalasPadam