Isnin, 8 Jun 2020

BERJAYA TAHNIAH





TAHNIAH

Hanya 5 kes tempatan dari 7 kes baharu

MALAYSIA merekodkan jumlah peningatkan kes paling rendah sebanyak tujuh kes dengan lima daripadanya pesakit tempatan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan juga berkata tiada sebarang kematian direkodkan hari ini namun terdapat peningkatan satu kes di unit rawatan rapi menjadi enam orang.

Dengan peningkatan itu juga, satu kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah peningkatan terendah itu diumumkan menjelang penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, yang berakhir esok.

Ia akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuatkuasa sehingga 31 Ogos.

Dalam tempoh itu, hampir kesemua sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi kecuali beberapa industri dan kegiatan khusus.– 8 Jun, 2020.


AWAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan