Isnin, 8 Jun 2020

BERKHALWAT HARI KE 83






HARI KE 83
PAGI SENIN 8/6/2020
HARI KE  83 BERKHALWAT

PAGI INI GUA MAHU
BUAT PEMBETULAN
WILAYAH YANG GUA
PANGGIL KWANTUNG ITU
NAMA SABENARNYA IALAH
HOKKIEN CEMETERY

MALAM TADI GUA JUMPA
ANAK MUDA MELAYU 
YANG BEKERJA DI SANA
DIA MENERANGKAN 
DUDUK PEKARA
ANAK MUDA  INI
TELAH TOLONG GUA
POTONG RUMPUT DI JALAN
KELUAR MASUK
KE LE CHATEAU 

PAGI INI JAM 7.15
GUA MASUK HOKKIEN
MATAHARI DAH KELUAR
CUACA INDAH
HARI INI PASTI PANAS

TAK TAHU KENAPA
OKESTRA UNGGAS 
TAK BISING
HANYA KOKOK JANTAN
GUA TERDENAR
AMAT DEKAT
TAPI
MERBUK TERKUKUR BALAM
TERUS BERLAGU

KITA LEMAH LEMBUT
DENGAN YANG BERLEMAH LEMBUT
KITA BERBUDI BAHASA
DENGAN YANG BERBUDI BAHASA
KITA LICIK MERANCANG
DENGAN YANG LICIK
KITA TEGAS GANAS
DENGAN SAMSENG YANG JAHAT
KITA PANTAS MEMINTAS
DENGAN KAKI PUTAR
TAPI
JANGAN REBAHKAN HARGA DIRI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan