Khamis, 25 Jun 2020

DAULAH DAN PERANG KELAS




 DAULAH DAN 

PERANG KELAS


Tulisan ini digarap pada Selasa 23 Jun 2020.  Saya  memungut dan merakamkan  statistic  serangan  Cobid-19 dari WHO  (World Health Organisation). Setakat  hari Selasa ini seramai  8,860,331 warga dunia telah dihinggapi oleh virus Karona. Seramai 470,822  anak semua bangsa warga dunia dari pelbagai negara telah tewas gugur. 

Statistic WHO ini  juga menunjukkan Amerika Sarekat sebagai negara paling terok diserang virus Karona.   Seramai 2,241,178 telah dihinggapi.  Seramai 122,248  warga Amerika telah mati. Dan paling terkini seramai 32,349 disahkan  sebagai pesakit baru.   Jumlah kematian di Amerika ialah 30% dari semua kematian global  walhal penduduk Amerika hanya 5% dari  jumlah penduduk dunia.

Nisbah angka kematian di Greece, Cuba,  Vietnam Austria, Korea Selatan, Mongolia atau Taiwan lebih rendah berbanding dengan Amerika.   Negara negara ini juga memiliki watak-watak yang sama saperti Amerika. 

Di Korea Selatan, Cuba, Vietnam  atau di Taiwan ramai penduduk  menginap dalam kota-kota dan pekan.   Ada wilayah yang padat. Pasar raya dan gedung membeli belah menjadi tempat warga berkumpul.  Café,  restoran dan pub  bersepah sepah tempat warga duduk  ramai-ramai bersantai.  Tidak ada yang unik untuk menarik virus  Karona memilih Amerika dan tidak Korea Selatan, Cuba , Vietnam  atau Taiwan.

Amerika negara terkaya dalam dunia. Amerika Sarekat memiliki hospital dan klinik tercanggih dalam dunia. Amerika memiliki pakar perubatan yang ulung. Banyak sosok perubatan – bomoh dan tabib – kelas dunia tinggal di Amerika Sarekat.  Hospital dan  klinik di Amerika lengkap dengan peralatan terbaru yang canggih manggih. Universiti dan sekolah perubatan Amerika tersohor. Kaji selidik ilmu  perubatan dan ilmu bidang sains teruggul dalam dunia berpusat di Amerika. 

Fakta menunjukkan seramai 336 warga Amerika adalah pemenang Hadiah Hadih Nobel semenjak tahun 1901. Dari jumlah ini seramai 94 orang memenangi hadiah dalam bidang Physiologi dan Perubatan. Amin.

Tetapi  kenapa Amerika Sarekat menjadi negara paling terok diserang oleh Karona. Serangan pandemic kali ini membuktikan Amerika tercorot dalam bidang menyelamatkan warga.  Tercorot dalam bidang kesehatan awam. Apakah darah warga Amerika lebih enak untuk dibaham oleh Mat Karona.  Tidak. Tidak. Tidak. 

Jawabnya ialah sistem.  

Kematian dan statistic yang menonjol ini adalah  manifestasi dari satu sistem. Untuk memahami persoalan Covid-19 dan pandemik ini kita wajib memahami apa sistem yang digunak pakai oleh Amerika Sarekat. Kita wajib memahami  sistem ekonomi Amerika. 

Saya berterima kaseh pada   Karona.  Pandemic Covid-19 ini telah memaksa dunia untuk mula berbincang tentang sitem perubatan awam.  Berbincang  tentang sistem kesehatan  untuk rakyat teramai.  Melalui perbincangan tentang kesehatan awam maka dengan sendirilah terbuka luas  perbincangan tentang sistem ekonomi. 

Pada ketika ini  seluruh dunia sedang berlabon tentang sistem ekonomi. Kalau dahulu hanya kaum Marxis, kaum Sosialis dan kaum kerabat kiri sahaja yang membincang dan menimbulkan wacana  tentang sistem ekonomi.  Kali ini perbualan dunia ialah sistem, sistem dan sistem.

Virus Karona telah memaksa warga dunia untuk memahamai bahawa dibelakang  kehidupan moden hari ini  wujud satu sistem.  Kita  semua – anak semua bangsa  ini  adalah manifestasi dari sistem ini. Budaya, gaya hidup, nilai, . kepercayaan , moral dan semua  ciri kehidupan kita hari  ini adalah manifestasi dari satu sistem. Amin.

Sistem ini ialah sistem ekonomi kapitalis. Apakah dia   yang dipanggil sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis muncul sesudah runtuhnya sistem feudal. Sistem ekonomi feudal  menobatkan Raja sebagai punca kuasa. Semua kuasa dimiliki dan berpusat kepada Istana dan Raja. Orang ramai bekerja untuk Raja. Tanaman , buah buahan,  ternakan ayam itik  kambing lembu boleh diambil oleh Raja bila bila masa sahaja. Malah anak dara dan isteri sendiri pun boleh dirembat oleh Raja jika Tuanku pekenan.

Tenaga tulang empat kerat rakyat jelata boleh  dikerah oleh Raja untuk membuat apa sahaja kerja. Jika Raja berperang maka rakyat jelata akan dikerah untuk menjadi soldadu mempertahankan Raja.  Amin.

Sistem feudal ini masih ada. Di Saudi Arabia, di Negara Arab Telok dan  juga  di Berunai sistem ini masih digunapakai. Amat jelas ada kerjasama paling intim dan bersekongkolan yang rapat antara kaum feudal dengan kaum agamawan. Masjid dan Istana sepakat.

Raja membunuh jika kamu engkar.  Gulungan  agamawan akan menanda tangani surat untuk menghantar kamu dibakar api neraka jika kamu engkar. Dua Lembaga – Istana dan Masjid -  bekerja rapat menakut nakutkan  dan mengancam  orang biasa. Tujuan ancaman hanya satu untuk mengumpul dan memiliki harta kekayaan demi  kesenangan dalam hidup.

Jangan silap baca : Istana dan Masjid dan tulisan ini bukan bangunan.  Masjid dan Istana ini adalah lembaga daulah.

Sistem ekonomi feudal ini dilawan oleh gulungan  baru yang merasakan sistem ini  tidak adil. Kuam baru ini  bangun memberontak dan memenggal kepala Raja.  

Gulungan baru ini membawa sistem ekonomi kapitalis. Kuasa Raja dan Masjid  mula di ketepikan. Raja dan Masjid bukan lagi punca utama kuasa daulah. 

Kini harta kekayaan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.  Kalau dalam sistem feudal yang dibenarkan mengumpul harta kekayaan hanya Raja dan kaum kerabat Istana. Kini dalam sistem baru – sistem ekonomi kapitalis   individu – orang persendirian  dibolehkan mengumpul harta. Mereka dipanggil pemaju, pemodal,  tuan tanah, atau towkay. Sesiapa ada modal boleh menjadi kapitalis. 

Sistem ekonomi kapitalis ini berpaksikan keuntungan maksima. Rukum imam kaum kapitalis ialah untung. Apa sahaja yang menguntungkan akan diniagakan oleh kaum kapitalis.  Apa boleh beli akan dibeli – apa boleh jula akan dijual – asalkan semua membawa keuntungan.

Kaum kapitalis dan kaum pemodal ini akhirnya akan memiliki punca-punca  pengeluaran. Punca pengeluaran bermakna – tanah, kilang dan bank – akan dimiliki oleh kaum pemodal. Orang ramai rakyat biasa akan  menjadi consumer. Orang ramai akan didorong dan  dikandang  untuk membeli hasil barangan – produk -  yang telah dikeluarkan oleh kilang milik kaum kapitalis.

Pengeluaran bahan produk yang dihasilkan oleh kaum kapitalis hanyalah dengan satu tujuan -  membawa keuntungan. Jual beli kaum kapitalis hanya berlaku jika ada untung.  Untung. Untung dan cari untung. Untung adalah   wirid  kaum kapitalis. Untung ialah kiblat dan  Rukun Iman kaum kapitalis.  Amin.

Kaum kapitalis akan sedaya upaya tidak mahu diganggu gugat dalam menjalankan perniagaan mencari untung. Dalam masa yang sama  saki baki  Raja dan Istana juga  boleh berkerja sama dalam usaha mencari untung. Kerabat Sultan atau  Puteri atau Putera Raja  di ah lan wah sah lankan untuk berniaga atau membuat  projek.  Bagitu juga Masjid tidak dilupuskan dari budaya  meniaga dan mencari untung. Dari sejarah menjual agama adalah perniagaan  kedua tertua dalam dunia. 

Masjid masih wujud - kini diambil sebagai rakan  baik kaum pemodal.  Ini penting untuk mengelurakan  nas dan  hadis bagi mengharamkan sesuatu yang tidak menguntungkan kaum kapitalis. Atau   menghalalkan sesuatu yang membawa keuntungan kepada  kaum pemodal. Kepada yang keras kepala dijanjikan api neraka. Jika masih keras kepala ditakrif sebagai penganuat ajaran sesat. Saperti di Saudi Arabia  dituduh murtad untuk dipancung  kepala sesudah sembahyang Jumaat dihadapan Masjid.

Dalam sistem ekonomi kapitalis peranan daulah adalah minima. Daulah hanya diperlukan untuk mengadili jika berlaku perbalahan – sebagai contoh -  antara pemaju perumahan dengan setinggan. Lagi jauh daulah berperanan dari urusan perniagaan lagi molek dan lagi maju jaya kaum kapitalis. 

Apa sangkut paut sistem kapitalis ini dengan serangan virus Karona keatas Amerika Sarekat?

Jawabnya  : Sistem ekonomi kapitalis Amerika  telah gagal menangani serang Karona. Amerika  walau pun dengan kecanggihan  hospital , klinik dan makmal perubatan – telah gagal. Amerik tercorot dalam usaha melawan Cobid-19.

Sistem ekonomi kapitalis tidak memiliki  keupayaan  hakiki untuk melawan pandemic yang berlaku.

Di Amerika yang disembah ialah keuntungan. Maka  semua sistem perubatan di Amerika didirikan untuk mencari untung. Jika tidak  ada untung maka klinik dan hospital  tidak akan didirikan.  Kesehatan menjadi bahan perniagaan.  Orang sakit diperniagakan. Lagi ramai sakit lagi molek untuk bisnes. 

Perubatan menjadi industri. Perubatan bukan lagi untuk memastikan kesehatan orang ramai dijaga baik. Kesehatan warga negara dijadikan komoditii untuk diniagakan saperti jual beli sawit dan getah.

Kesehatan maknanya keuntungan. Orang ramai hanya consumer.  Siapa ada duit akan dapat rawatan. Siapa tak ada duit  mati ditangga pintu hospital. Warga Amerika yang tidak memiliki insuran perubatan  tidak akan dapat rawatan perubatan.  Sebelum mendafatr ke hospital   perlu dibuktikan memiliki dana dalam   akoun bank,  memiliki sijil insuran atau cagaran harta.  Inilah namanya sistem ekonomi kapitalis.

Justeru yang banyak mati  di Amerika adalah mereka yang  miskin. Mereka yang tidak ada modal untuk mendapat rawatan  hospital.  Mereka yang  tidak ada duit kerana hilang pekerjaan. Data menunjukkan majoriti yang mati kerana Covid-19 di Amerika adalah Orang Hitam,  Latino, kaum  pendatang yang halal dan yang haram. Ini termasuk warga miskin kota yang tidur ditepi jalan atau dilorong-lorong.

Daulah di Amerika tidak memiliki peranan. Kaum kapitalis di Amerika berjaya menfikan daulah dari mendirikan hospital atau klinik. Menjaga kebajikan rakyat dan kesehatan rakyat bukan tugas  kerja daulah.  Kapitalisma mengikut teori wujud -  tangan ghaib – yang  akan menguruskan semua. Daulah hanya jadi saksi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis semua ornag diwajibkan melepaskan pucuk masing masing. Aku  untuk aku. Kau untuk kau. Semangat  kekitaan dan kemasyarakatan bukan akidah   ajaran sistem ekonomi kapitalis. Komuniti dan konsep gotong royong, kerjasama atau berseraya tidak dibenarkan wujud dalam sistem ekonomi kapitalis. Tolong menolong dan bantu membantu akan membantutkan dan menghalang  keuntungan maksima. Tenaga kerja adalah komoditi untuk dijual beli bukan untuk dihadiah  atau disedekahkan.

Apa terjadi dari 18 March 2020 hingga ke  19 Mei 2020?
Ini sesudah  WHO telah mengumumkan pandemik Covid-19. Ini sesudah Wuhan menjadi buah mulut warga dunia. Apa terjadi di Amerika pada Tarikh ini?

Dalam masa dua bulan ini berjuta warga Amerika hilang pekerjaan. Berjuta beratur  untuk mendapat  stem makanan.  Hari ini seramai 42 juta warga Amerika telah hilang pekerjaan. Mereka tergelincir jatuh hilang kerja terus  menjadi statistic warga miskin dalam negara terkaya dalam dunia.

Apa lagi yang berlaku antara 18 March  hingga ke 19 Mei 2020?
Jangan terperanjat.  Saya rakamkan   data ekonomi Amerika   dalam masa dua bulan awal  serangan  Covid -19.  Dalam masa dua bulan ini ditafsirkan harta kekayaan  600 orang bilionwan Amerika melonjak naik dari 2.948 trilion dollar ke 3.82 trilion dollar.

Dalam masa yang sama jumlah bilionwan di Amerika bertambah dari  630 orang menjadi 614 orang. Mengikut laporan  majalah Forbes pada 24 April  2020 diumumkan bilionwan terbaru  bernama Kanye West.  Sosok ini menjadi billionwan termiskin berbanding dengan yang lain.

Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong mengamalkan sistem kapitalis sama saperti di Amerika. Kenapa kematian berkuarangan disana.  Di Malaysia juga  mengamal sistem kapitalis. Malaysia bukan Cuba yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis. Kenapa  kita di Malaysia berjaya melawan Covid-29. Jawabnya tunggu minggu hadapan. (TT)


1 ulasan:

  1. Corona satu kesedaran kepada manusia umum, yang miskin akan kematian manakala yang kaya boleh menyambung nyawa dengan kemudahan, semuanya patuh pada nilai dollar, Malaysia pun apa kurangnya, yang curik susu tepung untuk anak kelaparan masuk penjara manakala yang curik juta billion masih lagi berkeliaran merayap dengan kereta mewah, nak tunggu kes siap mungkin berpuluh tahun, banyak ruang dan peluang membuat rayuan, banyak ruang menjadi bossku kembali, semua dunia kapitalis, Mahathir Mohamad yang menjadi pemimpin selama 23 tahun lebih mengakui Money Is King, tetapi hakikatnya Money Is God, masih mengharapkan belas kesian jasa baik rakan taulan kah kah kah, tapi percayalah hukum karma memang wujud, mungkin sudah sampai masa karma akan membalas segala kemungkaran yang si polan laku kan selama ini,sama sama kita lihat nanti kah kah kah

    BalasPadam