Sabtu, 13 Jun 2020

DULU DAP AMANAH KENA TIPU SEKARANG BARU SEDAR





APAKAH DAH

TERLAMBAT

DULU ANWAR 

TIPU

I AVE THE NUMBER

SEKARANG BARU

DAP AMANAH

BARU SEDAR

DAH TERLAMBAT

TAPI YG PENTING

MEREKA 

DAH KENAL

SIAPA ANWAR

AMIN
 

DAP, Amanah dan Warisan mahu Dr Mahathir memimpin sekali lagi

DAP, Amanah, dan Warisan mahu Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya kalau pembangkang dapat menguasai semula Putrajaya, kata beberapa sumber kepada The Malaysian Insight.

“Kami rasa ini regu yang terbaik, sama ada kita dapat ambil balik Putrajaya sekarang, atau dalam pilihan raya umum akan datang,” kata seorang pemimpin kanan parti.

Keputusan gandingan Dr Mahathir-Anwar ini dibuat dalam mesyuarat Pakatan Harapan pada Selasa minggu lepas. 

“Kita berdepan kerjasama yang bahaya antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak, dan kita rasa hanya Dr Mahathir dan Anwar yang ada kekuatan untuk memberikan cabaran yang wajar,” kata sumber.

Jelasnya, regu itu adalah satu daripada dua pilihan yang diputuskan dalam mesyuarat PH sebelumnya pada 30 Mei, yang tidak dihadiri oleh Dr Mahathir.

“Satu pilihan ialah Anwar perdana menteri dan Mukhriz timbalan, dan satu lagi, Dr Mahathir dan Anwar.

“Tetapi selepas mesyuarat pada Selasa (2 Jun), DAP, Amanah, Warisan, dan pemimpin Bersatu memutuskan formula Dr Mahathir-Anwar,” kata seorang pemimpin parti.

Sumber menjelaskan antara alasan pilihan regu itu ialah populariti Dr Mahathir dalam kalangan orang Melayu.

“Kalau ada pilihan raya semua, kita akan berdepan dengan Umno, PAS, dan Bersatu yang akan mengharapkan sokongan Melayu. Kita perlukan seseorang yang boleh menghadapinya.”

Dalam kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre pada November tahun lalu, 58% pengundi Melayu memilih Dr Mahathir untuk menerajui negara sementara hanya 13% memilih Anwar.

Anwar, bagaimanapun, lebih popular dalam kalangan bukan Melayu dengan 58% Cina dan 62% India memilih beliau berbanding Dr Mahathir.

Keputusan PH ini bagaimana berdepan jalan buntu kerana PKR belum membuat keputusan, kata seorang lagi pemimpin parti.

Katanya, cadangan itu terpaksa ditangguhkan kerana PKR mahu tempoh seminggu untuk menimbangnya.

“PKR mahu Anwar sebagai teraju dan bukannya Dr Mahathir.

“Jadi, kita kena tunggu keputusan mereka sebelum menentukan langkah seterusnya,” katanya.

Sikap PKR yang tidak puas hati dengan konsesus yang dicapai oleh Amanah, Warisan, dan DAP dikongsi oleh setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Razab dalam satu hantarannya di Facebook pada Rabu.

“Dipaksa PKR berjiwa besar untuk akur terima Mahathir sebagai PM. Kata mereka, kepentingan negara itu lebih penting daripada kepentingan peribadi Anwar Ibrahim,” tulisnya.

“Jika pun Anwar Ibrahim akan akur kepada keperluan negara seperti mana beliau akur dua tahun yang lalu, itu adalah satu keaiban buat kamu. Itu adalah simbol betapa kamu adalah kawan yang lupa daratan.”

Pakatan terdiri daripada DAP yang mempunyai 42 ahli Parlimen, PKR (37), dan Amanah (11). Warisan mempunyai 10 kerusi bersama Upko. – 13 Jun, 2020.


AKHIRNYA

KEBENARAN 

MUNCUL

KAKI PUTAR

TERBONGGENG

KAH KAH KAH


1 ulasan:

  1. tapi otai berbisa tetap mahu abam. yb yusaidi kata, dia tulis dengan elok agar agong nampak jelas pilihannya abam. seronok juga berjuang demi abam jadi pm berbanding moral, negara , bangsa, agama rakyat. semua tu tolak tepi dulu. curi berbillion bayar loyar berjuta tak luak pun. curi petai, kencing busuk memang patut masuk penjara. curi berbillion, kawtim dengan ag, pulang separuh, lepas beb dengan separuh billion lagi. petai rm5 seikat, nak kawtim camna. bayar separuh yang lain ambil jual atau sedekah, boleh lepas tak ? bayar loyar lagi mahal daripada harga petai, masuk penjara lagi murah kot.

    BalasPadam