Jumaat, 26 Jun 2020

DUN JOHOR BUBAR MINGGU DEPAN






WOIT

GIL NAK BUBAR

SILA BUBAR

MINGGU DEPAN

SEBELUM 

JULAI 28



Bubarkan DUN Johor dahulu, kata AMANAH kepada Umno

AMANAH mencabar Umno agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor terlebih dahulu ketika mereka sangat ghairah agar Parlimen dibubarkan.

Timbalan Presiden AMANAH yang juga Adun Simpang Jeram,  Salahuddin Ayub berkata, “oleh kerana mereka ini begitu ghairah untuk PRU diadakan, saya ingin mencabar mereka memulakan langkah ini di Johor.”

Ini berikutan mutakhir ini, semakin ramai pemimpin Umno yang telah menggesa agar  Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan, kata Salahuddin dalam satu kenyataannya.

“Mereka menyebut tentang ketidakstabilan situasi politik negara sebagai alasan untuk mengadakan PRU, maka langkah ini harus bermula di Johor ekoran kemelut politik di negeri ini,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai itu.

Bagi beliau, Umno dan Bersatu tidak perlu berlengah dan boleh memohon agar Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada bila-bila masa sahaja.

Sejak kebelakangan ini, Umno semakin ghairah mendesak  Muhyiddin Yassin agar membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Ini kerana, mereka yakin Umno dan Pas mampu menang pilihan raya ini ketika Bersatu pimpinan Muhyiddin bimbang pilihan raya umum bermakna membunuh Bersatu.

MENARIK 

PRU15

DALAM ZAMAN

KOBID

SENANG TIPU

SENANG PUTAR

MACAM

SINGAPURA

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan