JANGAN HINA
ANWAR IBRAHIM
JANGAN HINA
PEMIMPIN ISLAM
ANWAR BERJUANG
BUKAN UNTUK
JADI TIMBALAN PM
PEMIMPIN ISLAM
BERJUANG UNTUK
JADI
PERDANA MENTERI
AMIN
Setakat TPM 1, sia-sia perjuangan 22 tahun Anwar
KUALA LUMPUR – Pencalonan Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri merupakan satu penghinaan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.
Bukan sahaja kerana Ahli Parlimen Semporna itu ‘junior’ Anwar sejak 1998, malah perjuangannya selama 22 tahun untuk menjadi Perdana Menteri hanya sia-sia jika akhirnya beliau hanya diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 (TPM 1).
Justeru penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff yakin Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak akan bersetuju dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tidak nampak Anwar akan bersetuju dengan pencalonan Shafie sebagai PM, seolah-olah satu penghinaan kepada Anwar kerana Shafie jauh lebih junior dari beliau.
“Perjuangan Anwar selama 22 tahun ini akan sia-sia jika beliau bersetuju untuk menjadi TPM 1 di bawah Shafie, yang lebih rendah tarafnya daripada jawatan TPM yang disandang beliau pada 1998,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Tambah beliau, calon luar daripada komponen Pakatan Harapan juga perkara yang akan ditentang kerana pemilihan sepatutnya dalam kalangan Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya Dr Mahathir menggunakan alasan Anwar ditolak oleh pengundi Melayu atas sebab PKR parti pelbagai kaum.
“Lagi pula, Warisan bukanlah parti dalam Pakatan Harapan, sepatutnya calon kompromi perlu datang dari dalam PH,”kata Kamarul.
Kamarul turut menyuarakan keyakinannya bahawa langkah Dr Mahathir untuk meraih sokongan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menggunakan Shafie tidak akan berjaya kerana Gerakan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan bersekutu dengan DAP.
Apa yang jelas dan pasti ujarnya, Shafie hanyalah proksi Dr Mahathir untuk meneruskan dinasti keluarganya.
“Setelah PKR menolak pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir ada menyebut bahawa beliau akan mencari jalan lain untuk menjadi PM.
“Jadi beliau kini mencalonkan Shafie sebagai Perdana Menteri, maka bolehlah disimpulkan bahawa Shafie hanyalah proksi kepada beliau.
Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah dekat sini dua hari lalu.
Namun DAP dan Amanah pula berkata, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat kedua-dua parti itu terlebih dahulu, kemudian hasil perbincangan perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama.-MalaysiaGazette
RAMAI ORANG
TAK FAHAM
TAK SEDAR
PERJUANGAN
ANWAR IALAH
UNTUK JADI
PERDANA MENTERI
BUKAN NAK
YANG LAIN
KALAU NAK LAIN
ANWAR DAH
LAMA DAPAT
WOIT SEDARLAH
INI PERJUANGAN
ISLAM DARI
ZAMAN ABIM
LAGI
KHALAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan