HAM
DULIL
MAKIN RAMAI
MAKIN SEDAR
SIAPA ANWAR
Maszlee: Jawatan PM ke-9 bukan hak mutlak Anwar
Rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) haruslah tidak dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri adalah hak mutlak Anwar Ibrahim.
Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata, tanpa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, peluang untuk PH mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis bahkan mustahil.
"Rundingan untuk ambil semula kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Anwar Ibrahim atas dasar nombor.
"Hakikatnya jelas, tanpa Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.
"Kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Anwar Ibrahim, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Maszlee mengimbas analogi yang pernah diberikan bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila ditanya mengapa perlu PAS bekerjasama dengan parti-parti lain seperti Semangat 46, PKR dan DAP.
“Beginilah. Umpama kita nak kait rambutan. Pokok rambutan tinggi. Galah kita tak sampai. Kalau kita cari sejengkal lagi galah, sambung dengan galah kita, Insha-Allah satu pokok rambutan kita boleh kait.
"Galah sejengkal inilah yang membantu kita dapat banyak lagi hasil," ujarnya memetik kata-kata allahyarham.
'Sokongan Anwar paling tinggi hanya 92 MP'
Menurut Maszlee, beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini membuktikan sokongan maksimum terhadap Anwar Ibrahim hanyalah sekitar 78 hingga 80 anggota parlimen di Semenanjung.
"Ditambah dengan Ahli Parlimen DAP dan PKR di Sabah dan Sarawak, bolehlah mencapai angka 92 iaitu satu blok pembangkang yang cukup kuat.
"Jika hanya mahu menjadi pembangkang sampai bila-bila, bolehlah ketepikan Dr Mahathir dan pengaruh yang beliau bawa.
“Tapi jika mahu kembali sebagai kerajaan seperti yang telah diberikan mandat pada PRU14 yang lalu, maka di sinilah ‘galah sejengkal’ Dr Mahathir berperanan,” katanya.
Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya - Mahathir dan Parti Warisan - yang kini digelar sebagai PH Plus mendakwa memiliki sokongan untuk kembali mengambil alih kerajaan daripada pimpinan Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, PH Plus dikatakan masih buntu untuk mencapai persetujuan mengenai calon perdana menteri antara Mahathir dan Anwar.
Sumber mendakwa Mahathir masih mahu menjadi perdana menteri walaupun untuk jangka masa singkat, sedangkan Anwar tidak bersedia untuk mengalah.
Anwar yang juga ketua pembangkang sebelum ini berkata PH dan sekutunya kini mempunyai sokongan 107 anggota parlimen dalam Dewan Rakyat.
'Galah Anwar tak cukup sejengkal'
Maszlee berkata, kedudukan terkini iaitu 107 sokongan bagi pihak PH Plus seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal.
Sebaliknya beliau berkata Dr Mahathir mampu untuk memperoleh sehingga 148 sokongan anggota parlimen jika rundingan dan percaturan dibuat dengan betul.
"Kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal. Galah Anwar Ibrahim hanyalah 91.
"Tetapi faktor galah sejengkal Tun Dr Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal 5 lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak.
“Walaupun kedua-dua tokoh iaitu Anwar dan Dr Mahathir telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui penghianatan orang nombor dua dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik ini,” katanya.
UMUM JUGA
WAJIB TAHU
DALAM PKR
PUN BUKAN
SEMUA YB
SOKONG ANWAR
KHALAS
Otai reformis masih berbisa tapi gigi nya tiada. kahkahkah
BalasPadamkami tunjukkan jalan konon,
Bang Mat dan LGE tak nak ditpu lagi,tak nak kena turun jalan raya dah.
Bang Mat nak naik kereta atas jalan raya ada escort mcm 22 bulan lalu
Abam kelentong ramasamy boleh la
Tt poie la ejek anwar kat twitter, tu pun kalau ado tolo.
BalasPadamKat blog sendiri boleh lah guno kuaso veto.
Hanya pilih komen ikut selero sendiri.