Isnin, 29 Jun 2020

PEMIMPIN ISLAM JUMPA MENTERI KDN






ANWAR JUMPA

HAMZAH

JENG JENG JENG

HAMZAH MENTERI

DALAM NEGERI

HEBAT BETUL

PEMIMPIN ISLAM

BINCANG HAL

KEMENTERIAN

JENG JENG JENG

Jumpa Hamzah bincang isu semasa, kata Anwar

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuannya dengan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin baru-baru ini hanya untuk membincangkan isu semasa dan berkaitan kementerian.

Anwar yang membuat pengakuan itu berkata beliau juga sudahpun melaporkan pertemuan tersebut kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan pada bulan lalu.

“Saya ada laporkan pertemuan itu dalam mesyuarat Majlis Presiden PH bulan lepas.

“Kita bincang isu semasa, Kementerian Dalam Negeri, pandangan kita. Saya ada laporkan dalam mesyuarat Majlis Presiden,” katanya dalam satu video disiarkan Sin Chew Daily.

Tambah Anwar tindakannya melaporkan pertemuannya dengan Hamzah membuktikan tiada agenda sendiri seperti mana yang dilakukan orang lain.

“Saya tidak ada konspirasi seperti orang lain . Saya jumpa (Hamzah) dan saya juga ada laporkan beri penerangan dalam mesyuarat,” katanya.

Bernama semalam melaporkan Hamzah mengesahkan pertemuannya dengan Anwar.

Menteri Dalam Negeri itu juga berkata ia adalah pertemuan peribadi dengan individu yang tidak ditemui sejak beberapa tahun dan tidak perlu dihebahkan kepada umum.

Isu itu timbul apabila Ketua Whip PKR Johari Abdul dilaporkan berkata Anwar telah mengadakan siri pertemuan dengan beberapa pemimpin Perikatan Nasional.

Katanya selain bertemu Hamzah, Anwar juga bertemu dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Hamzah dan pemimpin kerajaan Sarawak.

Johari mendakwa pertemuan dibuat selepas PKR bertekad menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri untuk mengambil alih Putrajaya semula.

Pakatan Harapan sehingga hari ini masih tidak dapat meleraikan kekusutan dalam gabungan itu selepas gagal menamakan calon perdana menteri bagi mengambil alih kerajaan.

Semalam, Dr Mahathir mendedahkan Pakatan Harapan menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal yang juga ketua menteri Sabah sebagai calon perdana menteri.

Mengikut pelan itu, Anwar dinamakan calon timbalan perdana menteri pertama dan anak Dr Mahathir, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah sebagai calon timbalan perdana menteri kedua.

Ia dirancang dan dipersetujui di antara pemimpin Warisan, Amanah, DAP dan pengikut Dr Mahathir tanpa penyertaan pemimpin PKR.

PKR tetap berkeras agar Anwar dinamakan sebagai calon perdana menteri. – 28 Jun, 2020.


RAMAI TAK

FAHAM

RAMAI BUAT 

FITNAH TUDUH

MACAM MACAM

PADA ANWAR

PEMIMPIN ISLAM

KERANA JUMPA

HAMZAH

YAKINLAH

BAHAWA SEBAGAI

PEMIMPIN ISLAM

ANWAR JUJUR

TERBUKA  

TIDAK  MENYOROK

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan