Isnin, 1 Jun 2020

PROJEK MADEY AKAN GAGAL




PFROJEK MADEY

AKAN GAGAL

BILA ANWAR

NAK JADI PM

Perjanjian Dr Mahathir-Anwar dan Sarawak kunci Pakatan kembali berkuasa


PELAN Pakatan Harapan untuk mengambil semula kuasa kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bergantung kepada dua elemen iaitu sokongan Ahli Parlimen Sarawak dan perjanjian baharu antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.

Sumber Pakatan berkata satu perjanjian perlu dicapai antara Dr Mahathir dan Presiden PKR itu bagi menentukan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan berjaya dalam usaha merampas semula Putrajaya.

Sumber itu berkata perbincangan kini sedang berjalan antara kedua-dua kem melibatkan wakil dari kedua-dua pemimpin itu bagi mencari jalan untuk mencapai dua objektif itu.

Pakatan berhasrat untuk mendapatkan sokongan antara 18 dan 22 ahli Parlimen supaya memperoleh majoriti antara 126 dan 130 kerusi Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Anwar sebelum ini berkata usaha itu masih berjalan dan dibincangkan.

Pakatan yang kini menggabungkan PKR, DAP dan Amanah, membentuk gabungan pembangkang.

Bersama mereka adalah Parti Warisan Sabah dan lima Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Dr Mahathir, menjadikan keseluruhan 108 kerusi Parlimen berdasarkan persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Di pihak kerajaan, Perikatan Nasional mempunyai sokongan 114 Ahli Parlimen termasuk 57 Ahli Parlimen dari PAS dan Umno yang membentuk kerjasama politik Muafakat Nasional.

Pemimpin Pakatan berkata mereka mungkin tidak mendapat sokongan dari Umno dan PAS kerana permusuhan dengan DAP dan Amanah.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah Sarawak mempunyai blok ahli Parlimen yang ramai dengan 19 wakil.

Walaupun GPS menyatakan sokongan kepada Perikatan, mereka menegaskan bawah gabungan itu bukan sebahagian daripada Perikatan.

Difahamkan Pakatan kini memancing GPS untuk mendapatkan semua 18 ahli Parlimennya bertukar sokongan bagi membentuk kerajaan baharu.

Pada masa yang sama, Pakatan juga cuba menarik sokongan 31 ahli Parlimen Bersatu yang kini bersama-sama Muhyiddin.

Pakatan percaya beberapa ahli Parlimen tersebut yang berkempen dan menang pada PRU14 tidak puas hati dengan corak pentadbiran Perikatan terutamanya dalam soal urusan dengan Umno.

Ini kerana pemimpin Umno secara berterusan bertelagah dengan Bersatu dan mereka hanya bekerjasama dalam gabungan itu sehingga PRU15.

Satu lagi kumpulan ahli Parlimen yang menjadi sasaran adalah ahli Parlimen bekas PKR yang mengikut jejak bekas timbalan presiden Azmin Ali meninggalkan Pakatan pada 24 Februari dalam Langkah Sheraton. – 1 Jun, 2020.


WARISAN

GPS

TAK SUKA

ANWAR

KALAU ANWAR

MASIH BERKERAS

MAKA PROJEK

MADEY AKAN

GAGAL

KHALAS

5 ulasan:

  1. Asal Bukan Umno dan yg suka lompat menjilat jawatan serta dedak

    BalasPadam
  2. Suka dan tak suka ni subjektif. Lu pun dulu tak suka Madeey. Kah KAh Kah

    BalasPadam
  3. Jangan percaya dengan Tun Purba ni..., cakap bebelit dan suka menipu. Kalau dia berhajat, sanggup fitnah dan bohong. Dahulu semasa TPM dan Tun Husein Onn PM...semasa pulang dari lawatan ke China, TPM telah mengarahkan pembantunya menyorong kerusi roda di tangga K.terbang...kononnya PM sakit teruk. Itulah taktik paria ni untuk mencipta fitnah untuk mendapat sokongan rampas kuasa dan menghina PM.

    BalasPadam
  4. Masalahnya Amanah, DAP & PKR juga tak suka atok.
    Jadi tak berbangkit persoalan Abam sailang, sabotaj dsbnya.
    Abam cakap take or leave it.
    92 lawan atok 5 + Warisan 10 + GPS 18 = 33,
    Siapa kena ikut siapa?
    Abam akan cakap....
    PRU 15 atau aku jadi PM.

    BalasPadam
  5. Kahkahkah langkah sheraton yg bodoh tapi tetap neratib salahkan abam. Mmg bodoh sakai ni. Kahkahkah

    BalasPadam