Sabtu, 20 Jun 2020

SETUJU KEMUDIAN KENCING





SETUJU

KEMUDIAN 

KENCING

KERANA INI

DAP AMANAH

SEDAR

SIAPA ANWAR


Anwar gagal raih sokongan jadi calon PM, kata DAP, Amanah

DAP dan Amanah mendedahkan, Pakatan Harapan tidak akan berjaya menguasai Putrajaya semula sekiranya Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon perdana menteri.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menjelaskan, ini kerana hanya 96 ahli Parlimen akan menyokong rancangan itu.

Kedua-dua pemimpin tersebut juga mendedahkan, sebab itulah perdana menteri ketujuh Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon alternatif.

Mereka juga mengingatkan, PKR sudahpun bersetuju dengan perkara itu yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 30 Mei.

Jelas mereka, ahli parlimen dari Warisan tidak menyokong pilihan pertama dan usaha mendapat sokongan GPS juga tidak berhasil.

“Setelah berusaha sedaya upaya, kita mendapati opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan maksimum 96 ahli parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP dan 11 Amanah) dan lima lagi termasuk (Dr Mahathir) dan empat ahli parlimen Bersatu yang bersamanya.

“Usaha terakhir Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.”

Amanah dan DAP seterusnya berharap PKR kembali merujuk kepada keputusan mesyuarat tersebut dan menerima pilihan kedua yang dibincang dan dipersetujui bersama dalam Majlis Presiden PH.

“Kami berharap usaha untuk mendapatkan sokongan  boleh seterusnya dilakukan sepertimana dipersetujui kerana pentadbiran kerajaan PN adalah jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara. – 19 Jun, 2020.


SAYANG 

KESEDARAN 

DATANG

LAMBAT

ANWAR TIPU

UNDI PERTAMA

PADA AGONG

SEKARANG NASI

DAH JADI KERAK

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan