Isnin, 1 Jun 2020

UNDI TAK PERCAYA 30 JULAI









MANA  DULU

KES INI KAH?

ATAU

UNDI TAK CAYA


Kes cabar sidang Parlimen 18 Mei didengar 30 Julai


CABARAN undang-undang terhadap perdana menteri dan speakar Dewan Rakyat kerana mengehadkan persidangan 18 Mei hanya untuk ucapan Yang di-Pertuan Agong akan didengar pada 30 Julai.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas mendengar pengurusan kes pagi tadi.

Permohonan itu difailkan oleh peguam R Kengadharan dan aktivis sosial D Arumugam, yang meminta pengisytiharan mahkamah yang persidangan satu hari itu tidak berperlembagaan.

“Perkara yang dibangkitkan oleh permohonan ini sangat penting bagi demokrasi berparlimen kita,” kata Kengadharan kepada The Malaysian Insight hari ini.


Kedua-duanya diwakili oleh peguam T Gunaseelan sementara Peguam Kanan Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali bagi Jabatan Peguam Negara (AGC).

Para pemohon berkata mereka menyerahkan surat mahkamah kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff pada 21 Mei.

Dalam saman pemula yang diajukan pada 15 Mei, kedua-duanya berkata notis dikeluarkan kepada anggota Parlimen berhubung persidangan sehari itu bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan dan Perintah Tetap.

Dalam afidavit, mereka berkata langkah itu menghalang pembentangan dan perdebatan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin yang diusulkan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mereka berkata urusan sehari itu tidak memenuhi kehendak Artikel 55 perlembagaan kerana tidak ada perkara penting lain akan dibincangkan, seperti disyaratkan oleh Perintah Tetap 14 (1).

Permohonan itu datang beberapa hari sebelum persidangan 18 Mei tetapi Kengadharan memberitahu The Malaysian Insight, walaupun ia didengar selepas persidangan itu, ia tidak akan menjadikan permohonan mereka akademik.

“Kami ingin persidangan itu diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan,” katanya. – 1 Jun, 2020.


JENG JENG JENG

JULAI AKAN

SAMPAI

KHALAS

4 ulasan:

  1. Kahkahkah kasi serang pengkhianat sheraton kiri dan kanan. Kahkahkah padan muka.

    BalasPadam
  2. Best nak tgk sebelum julai dtg.baru 2 mggu udah 2 MP lari.padan muka menteri kereta terbang. Hamzah baru join ppbm dpt menteri kanan,redzuan bodoh ke sana ke mari lobi sana sini dpt jd menteri tugas khas je.standard pegawai khas menteri je tu, xkan la redzuan bodoh sanggup kene hina mcm tu skali dgn yiddin. Dulu under tun dpt jd menteri kemnterian ikut yiddin dt jadik pegawai khas yiddin je,apa punyer bodoh la.Padan muka pun petualang ppbm yg ikut yiddin, sudah payah last2 org umno gak yg untung.hahaha

    BalasPadam
  3. Yang cerdik taktik senyap. Bila masa tiba, buat aje. Orang putih kata "elemen of surprise". Tapi yang IQ cetek tapi angan nak jadi PM, suka bagi tip dulu sebelum aksi. Sekarang, nak bagi notis 2 bulan ... Orang bodoh saja yang macam ini.

    BalasPadam
  4. langkah sheraton tu bodoh, bunyinya pun bodoh, yg merancangnya bodoh, yg bersubahat mcm sakai jelebu lagi la bodoh. kahkahkah dah elok2 jadi blogger tersohor penghasut tegar tup tup buat kerja bodoh pi dok sokong kerajaan gabungan dgn umno dan pas kahkahkah memang bodoh. lagi bodoh dari arab kahkahkah

    BalasPadam