SAPA BUKA
FILE SAPA?
SAPA KENA PAU
INI KES ANWAR
CABUL BUDAK
PEJABAT KE?
Bekas pembantu Anwar bimbang khabar angin sekitar pertemuan dengan menteri dalam negeri
PETALING JAYA: Lelaki di sebalik dakwaan serangan seksual melibatkan Anwar Ibrahim bimbang pertemuan antara presiden PKR itu dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin baru-baru ini boleh memberi kesan pada siasatan polis yang sedang berjalan, termasuk dakwaan serangan fizikal melibatkan pembantu ahli politik itu.
Muhammed Yusoff Rawther berkata khabar angin sekitar pertemuan itu membimbangkan. Lelaki ini tahun lepas menuduh pemimpin PKR itu cuba menyerangnya secara seksual. Laporan polisnya terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung dakwaan serangan fizikal dipercayai masih dalam siasatan.
Yusoff mengulas dakwaan di media sosial mengatakan Farhash juga berada di pertemuan itu, dan fail siasatan melibatkan dia dan majikannya ditimbulkan dalam pertemuan itu.
“Walaupun saya menganggap ia sebagai khabar angin, pengalaman mengajar saya khabar angin di KL selalunya berdasarkan suatu peristiwa,” kata bekas pegawai penyelidikan di pejabat peribadi Anwar ini kepada FMT. Beliau berkhidmat di pejabat di Petaling Jaya itu sehingga Jun tahun lepas.
Farhash ketika dihubungi enggan mengulas. “Maaf, PKR kenakan ‘gag order’,” katanya.
Ketua PKR Perak itu beberapa kali menolak dakwaan dia menyerang Yusoff tahun lepas.
Difahamkan polis menyerahkan penemuan mereka berhubung kes itu kepada Jabatan Peguam Negara, selepas siasatan dibuka semula.
Yusoff beberapa kali bertanyakan tentang status siasatan polis terhadap Farhash dan bimbang akan campurtangan politik.
Laporan perubatan dari Hospital Pantai menyatakan dia mengalami kecederaan dan koyak pada bahu yang memerlukan pembedahan, yang menelan belanja sehingga RM40,000.
Yusoff juga membuat saman sivil terhadap Farhash, yang akan mula bicara pada Oktober.
Minggu lepas, Ketua Whip PKR, Johari Abdul, seorang pengikut setia Anwar dan ahli Parlimen Sungai Petani, mengesahkan Anwar bertemu Hamzah, di sebalik dakwaan pemimpin PKR itu cuba mengajak ahli Parlimen PPBM bersama Pakatan Harapan dalam usaha gabungan itu untuk kembali berkuasa.
Pemimpin parti juga merestui Anwar mengadakan pertemuan seperti itu.
Meskipun belum ada maklumat sama ada Farhash akan didakwa atas tuduhan serangan, Yusoff yakin sebarang pertemuan antara Hamzah dan Anwar tidak akan memberi kesan pada kesnya.
“Saya amat menghormati menteri itu dan tanggungjawab yang beliau galas, dan saya berharap integriti siasatan dan tindakan polis serta Jabatan Peguam Negara tidak terkompromi di sebalik perkembangan itu,” katanya.
Yusoff berkata dia sebagai seorang “mangsa keagresifan tidak wajar oleh ahli-ahli politik tidak bertanggungjawab” cuba menggunakan saluran undang-undang, dan mempertahankan tuduhan jenayah terhadap Anwar dan Farhash yang dilaporkannya.
“Satu laporan dikelaskan sebagai NFA sementara menunggu penemuan bukti lanjut dan satu laporan terhadap Farhash pula, pada pendapat saya, tertangguh dari segi siasatan dan tindakan lanjut pihak berkuasa.”
FMT sudah menghubungi Hamzah untuk mendapatkan responnya
KES FARAJ KE
OPPS....MAAF
INI KES
FARHASH PUKUL
YUSUF RAWTHER
KAH KAH KAH
KES INI APA JADI
DIBATALKAN KE
ADA DEAL KE ?
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KERANA GILA GILA
NAK JADI PM
TETIBA SENYAP
GILA
KAH KAH KAH
AUWWWWW!!!
BalasPadamkaum kerabat mandeliar, kaum kerabat mamu, kaum kerabat DKK,sapa baca sejarah melayu,Tun Seri Lanang telah bersabda panjang lebar, kenapa Melayu susah nak paham, adakah keperluan kalam lebih besar dari akal? Adakah nafsu makan harta duniawi lebih besar dari segala? Kenapa Melayu begini ? Kenapa mudah lupa amanat yang dikaji oleh Hj Hadi Bawang? Kah Kah Kah sekawan gulai bila isi dengan USD akan menjadi halal semerdu dara di sunti sehingga malam, kah kah kah syukur alhamdulillah
BalasPadam