ZAMAN NAJIB
ZAMAN BERAT
BUKAN SAJE
ENTOT ZIANA
LETUPKAN
ALTANTUYA
CASH IS KING
KITA JUGA
ADA FLOM
Kita akan kembali ke zaman Najib, kata Tun Mahathir
UTRAJAYA – Dalam sidang media hari ini, Dr Mahathir Mohamad berkali-kali menyebut nama Najib Tun Razak sambil mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menyalahguna kuasa seperti mana zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib.
Dakwaannya itu berkait rapat dengan pelantikan beberapa ahli politik dalam syarikat milik kerajaan yang mana menurut beliau amalan seumpama itu telah ‘dibersihkan’ semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan
Beliau juga mendakwa amalan tersebut sebagai cubaan merasuah dengan menawarkan jawatan kepada mereka yang mengkritik kerajaan.
Kata Dr Mahathir perbuatan tersebut merupakan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Perikatan Nasional dan sudah tentu ada yang sanggup menerima jawatan setaraf menteri dengan gaji kira-kira RM18,000.
“Perkara yang sama berlaku dengan apa yang telah Najib lakukan dahulu.
“Dalam tempoh dua setengah bulan kerajaan telah menunjukkan mereka sanggup menyalahgunakan kuasa dengan memanggil orang-orang yang tidak menyokong kerajaan dan menawarkan jawatan menyamai taraf menteri.
“Mereka dilantik kerana kerajaan mahu menyogok orang-orang ini dirasuah dan tentunya ada yang kecundang,” katanya sambil menambah kerajaan sekarang akan kembali ke zaman Najib dan keadaan akan menjadi bertambah teruk.
Menurut Dr Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah meletakkan golongan profesional dalam syarikat milik kerajaan namun kerajaan sekarang telah menggantikan mereka dengan orang politik.
KALAU MUHYI
NAK SELAMAT
NAJIB WAJIB
KE SUNGAI BULUH
BERSAMA
BIK MAMA
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan