Khamis, 23 Julai 2020

ANWAR TIPU MAT SABU DAN GUANG ENG




KERAJAAN PH

SENANG KEMBALI

SEMUA BERES

AMIN

KORBANKAN

TUKANG TIPU

KHALAS



Menjelang Aidiladha, Mahathir Anwar yang perlu berkorban

Politik korban adalah kemampuan seseorang pemimpin untuk mengorbankan kepentingan diri demi untuk rakyat. Konsep politik dari rakyat kepada rakyat perlu menjadi santapan dan ijtihad politik pemimpin. Perjuangan rakyat wajar diangkat dan dihargai.

Persetankan sebentar angka 109 yang menghantui duduk bangun – susun atur di dalam parlimen. Ketepikan juga persoalan kenapa Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. Dan lupakan dahulu kenapa dan apa kewajaran ‘Langkah Sheraton’ dicipta oleh Azmin dan konco-konconya. Yang paling utama SOP dan matlamat dalam perjuangan ini.

Para pemimpin PH atau PH Plus perlu duduk dalam seangkatan dan merenung kembali serta mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku. Ini masanya untuk melangkah ke hadapan. Mengambil iktibar dan semangat Aidiladha, maka konsep korban perlu dihayati dan menjadi sebahagian SOP PH dan PH PLUS.

Penulis percaya semua pemimpin dalam PH dan PH PLUS berjiwa besar. Pemimpin berjiwa besar pastinya tidak akan tunduk dengan keserakahan dan nafsu yang terpamer dalam ‘Langkah Sheraton’ sebelum ini. Pastinya para pemimpin besar dalam angkatan ini berjiwa besar dan sanggup berkorban demi matlamat perjuangan.

SOP utama di sini adalah berkorban dan matlamat utama ketika ini adalah mengembalikan mandat dan kepercayaan rakyat. Pimpinan besar dalam PH dan PH PLUS perlu berkorban. Sama ada Mahathir atau  Anwar Ibrahim, masing-masing perlu berkorban. Ketepikan dahulu segala benang yang basah dan ini masanya untuk memberikan kemenangan kepada rakyat.

KERAJAAN PH

RUNTUH  KERANA

ANWAR TIPU

AMANAH DAP

ANWAR KLIM ADA

JUMLAH YB

YANG SOKONG

DI PARLIMEN

AMIN

MAKA LANGKAH

PALING TEPAT

KORBANKAN

TUKANG TIPU

SEMUA BERES

KEMUDIAN

BOLEH BERCUTI

BERCANDA

BERINANG

KE BUKIT TINGGI

OPPS... SILAP

KE JANDA BAIK

AMIN

1 ulasan: