AWAS
IKUT SOP
LAWAN JANGAN
BIARKAN LAHIR
OMBAK KE DUA
18 kes Covid-19 dan 4 kluster baharu dikesan hari ini
SEBANYAK 18 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini dan empat kluster baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,755.
Daripada kes baharu, 10 adalah jangkitan yang diimport sementara lapan yang lain adalah penularan tempatan.
Sepuluh kes yang diimport itu melibatkan tujuh penduduk tempatan dan tiga warga asing.
Penyebaran tempatan melibatkan enam rakyat Malaysia dan dua warga asing.
“Dalam kes penularan tempatan yang melibatkan rakyat Malaysia, empat kes dilaporkan di Sarawak sementara dua lagi dilaporkan di Terengganu.
“Bagi dua warga asing, satu kes dikesan di Kuala Lumpur dan satu lagi di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Empat penularan tempatan di Sarawak melibatkan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI), dua kes dikesan semasa pemeriksaan di tempat kerja, dan satu daripada kluster “Pusat Perubatan Kuching” baharu yang melibatkan pekerja kesihatan.
Di Terengganu, dua kes rakyat tempatan adalah daripada kluster baharu “Pitakwa” yang bermula daripada rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara dan diuji negatif Covid-19 semasa ujian saringan kemasukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tetapi kemudiannya positif selepas tidak sihat beberapa hari kemudian.
Daripada dua jangkitan tempatan yang melibatkan warga asing, seorang daripada kluster ketiga terbaharu “Shirala” di Kuala Lumpur, yang bermula dengan pekerja profesional yang tiba dari luar negara dan diuji negatif Covid-19 semasa pemeriksaan masuk di KLIA.
Kumpulan keempat melibatkan kru kapal yang kini berada di Bintulu dan merupakan kes terpencil, kata Noor Hisham.
Bagi kes pemulihan hari ini, tiga pesakit didiscaj, menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan kepada 8,541 atau 97.6% daripada jumlah kes.
Kes aktif berjumlah 92, dengan tiga pesakit berada dalam rawatan intensif. Tiada yang memerlukan alat pernafasan.
Angka kematian kekal seramai 122 orang. – 17 Julai, 2020
INGAT
HATI HATI
WARGA ASING
YANG MENERBUS
MASUK SECARA
HALAL - HARAM
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan