PENGANGGUR
GRADUAN MUDA
PENANAM ANGGUR
HILANG KERJA
SILA SIMPAN
BERITA KERAMAT INI
PARA WARTAWAN
WAJIB ADA REKOD
BERITA INI
Isu pengangguran pulih akhir tahun ini – PM
KUALA LUMPUR – Pasaran buruh dijangka mulai pulih pada akhir tahun ini berikutan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang membolehkan operasi perniagaan dibuka sepenuhnya pada 10 Jun lalu,
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, dalam usaha menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM15 bilion melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk dapat membantu hampir 3.3 juta rakyat yang terkesan dengan Covid-19.
Antara inisiatif tersebut adalah seperti Program Subsidi Upah, Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan.
Selain itu, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi sedang dalam proses penyediaan pelan pemulihan ekonomi bagi jangka panjang dan akan dibentangkan pada bulan Oktober 2020.
Antara lain, ia akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam pasaran buruh, reformasi institusi awam dan kerangka urus tadbir serta pelaksanaan pendigitalan dan Revolusi Perindustrian Keempat.
Di samping itu, tambah Muhyiddin, pelbagai langkah yang akan diperkenalkan dalam Bajet 2021 pada 6 November 2020, kerajaan juga sedang merangka pelbagai dasar dan strategi khusus untuk menstruktur dan mengukuhkan semula ekonomi serta menangani ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 yang akan dibentangkan awal tahun 2021.
Muhyiddin berkata, penguncupan pertumbuhan ekonomi pada suku kedua dijangka lebih ketara selepas ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 0.7% pada suku pertama tahun 2020 akibat kesan pandemik Covid-19.
Bank Negara Malaysia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2020 pada kadar antara -2% hingga 0.5%.
Unjuran ini mengambil kira kesan daripada permintaan global yang lemah, gangguan rantaian bekalan dan langkah kawalan COVID-19 pada peringkat global dan domestik. – MalaysiaGazette
Wartawan la punca kejatuhan PH.hari2 duk ratip tanya soalan bila atok nak serah kuasa,ngalahkan depa tu ahli PKR. Msiakini ngalahkan abam tu shareholder msiakini,bodoh nak mampuih.padan muka court bwk kes hina mahkamah,dulu dpt skit kebebasan media,cbuk sgt jd batu api isu peralihan kuasa, skg smpai kene heret ke mahkamah dgn gomen baru.bodoh2.sanggup tu depa jatih susah kerana abam
BalasPadam